Saturday 12 January 2013

KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.


 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1 Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
sekolah yang berkenaan.

2 Pentaksiran Pusat
Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang
ditetapkan mengikut mata pelajaran.

3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan
melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan,
sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.


4  Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur
kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan
masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment