Tuesday 15 January 2013

EVIDENS


Definisi Evidens
Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.

Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.

Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Boleh dihasilkan secara individu atau berkumpulan.

Ciri-ciri evidens
Sah
evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan mengambarkan penguasaan/pencapaian standard yang telah ditetapkan.
Autentik
murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri.
Kecukupan
evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.
Semasa
evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan menikut piawaian semasa.
Tekal
evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

No comments:

Post a Comment