Monday 31 March 2014

PBS Edisi Baru

Malam kedua PBS Edisi Baru diumumkan saya tidak dapat melelapkan mata.....satu perasaan yang tidak dapat digambarkan wujud.... nak kata gembira.....ada juga sedih (mengenang nasib murid, anak...) mungkin saya rasa amat lega... tugas tertangguh, beban tugas guru...sudah terjawab.

Nak dikata puashati....sudah pasti semua ada jawapan berbeza. Namun kita perlu meneruskan tanggungjawab kita seperti biasa... kalau bukan PMR sasaran kita, mungkin SPM ataupun buatlah yang terbaik untuk anak didik kita. InsyaAllah kita tidak akan rasa tertekan....


Sunday 16 March 2014

PBS baru guru boleh 'offline'


Kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
pada Selasa depan.

Wednesday 5 March 2014

Dunia Pendidikan

Sebut sahaja dunia pendidikan.....pasti ramai guru amat terasa terbeban. Tidak terkecuali dengan saya.....Namun perjuangan/kehidupan/harapan/perjalanan harus diteruskan. Alhamdulillah, Pengetua saya seorang yang amat bertanggungjawab/bertoleransi..... kesukaran tidak le dirasai sangat.

        Isu PBS masih tiada kata putus... langkah yang saya ambil di sekolah hanyalah memohon jasa baik guru meneruskan PBS (dengan ayat.... pandai-pandai cikgu....jangan stress sangat...cuba permudahkan apa yang sukar....namun PdP  tetap seperti biasa), rekod transit perlu diteruskan,  FS...FPM....kiv.....kalau sapa-sapa memantau....saya berani bertanggujawab (lagak orang yang cukup kecewa.....hihihi macam le bos besar)

             Setengah jam yang lalu rakan sekolah ada menghantar sekeping gambar seorang guru baru meninggal dunia....51 tahun. Terasa sangat di hati ini...... Punca jatuh ditangga, disebabkan kelam kabut ada pemantau. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Sedih......... mampukah saya bertahan.............

Perubahan yang diambil pada tahun ini..... sebagai langkah-langkah mengurangkan stress dan bebanan kerja. Antaranya,
1. Tidur selewat-lewatnya pukul 12.00 malam.
2. Manjakan diri dan rehatkan diri sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
3. Balik dari sekolah paling awal jam 3.00 petang
4. Menyemak buku waktu mesyuarat....hihihi.
5. Tidak sama sekali membawa buku latihan  murid balik rumah.
6. Jika terlalu banyak kerja tertangguh..... balik lewat hari Jumaat.

Semoga Allah permudahkan urusan saya, suami, anak-anak dan keluarga. Dalam kereta baca Fatihah sedekahkan untuk diri sendiri, suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan rakan yang telah kembali ke rahmatullah.