Saturday 12 January 2013

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DI IKUTI OLEH GURU BAGI MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Langkah 1.

Guru perlu mempunyai Huraian Sukatan Pelajaran dan Dokumen Standard Prestasi. Sediakan Rancangan Tahunan bagi mata pelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang berkaitan. Semak deskriptor dalam DSP sama ada terkandung dalam Rancangan Harian atau tidak. Sekiranya ada, guru perlu menyediakan instrumens pengujian untuk murid jawab.
      Instrumens yang disediakan mesti sesuai dengan mata pelajaran yang diajar, ia tidak semesti dalam bentuk tulisan sahaja. Contohnya jika mata pelajaran bahasa, kemungkinan deskriptor yang di uji adalah dalam bentuk lisan. Maka ujian yang dijalankan adalah secara lisan.
        Pengujian boleh dijalankan secara individu ataupun berkumpulan.
      Instrumens yang disediakan tidak ditetapkan aras kesukaran item, namun guru-guru diingatkan agar ia sejajar dengan tahap kebolehan murid dan menepati deskriptor dalam DSP. Penyediaan instrumens ini sewajarnya tidak membebankan guru, sekiranya ia disediakan atau dirancang lebih awal. Kekangan dalam bentuk lain perlu diatasi sebaik mungkin, dan pihak Panitia Mata Pelajaran serta Pihak Pentadbiran Sekolah perlu melaksanakan fungsi masing-masing.

Langkah 2.

Setelah instrumens telah dijawab oleh murid, guru perlu menyemak instrumen tersebut. Rekodkan pencapaian pelajar dalam rekod transit. Sekarang ia telah dinamakan sebagai evidens. Satu evidens terbaik bagi mata pelajaran yang cikgu ajar hendaklah disimpan dalam Fail Showcase. Manakala evidens murid lain disimpan dalam Fail Perkembangan Murid. 
         Cara penyimpanan evidens dalam FPM

Tarikh PDP                         Pembelajaran Dan Pengajaran
02/1/2013                PDP dijalankan tapi tiada diskriptor berkaitan
04/1/2013                PDP dijalankan dan Band 1 Diskriptor 1 Evidens 1 (B1D1E1) ada
08/1/2013                PDP dijalankan dan B1D1E2 ada
10/1/2013                PDP dijalankan tapi tiada diskriptor berkaitan
14/1/2013                PDP dijalankan dan B1D2E1 ada
15/1/2013                PDP dijalankan dan B1D2E2 ada  
17/1/2013                PDP dijalankan dan B1D2E3 ada                                    

          Hanya evidens pada tarikh 8/1 dan 17/1 sahaja yang disimpan dalam FPM kerana ia merupakan evidens tertinggi bagi setiap diskriptor. Evidens yang lain diserahkan kepada murid.

Bagi pengujian melibatkan lisan seperti lakonan, sajak dan sebagainya, cukuplah sekadar guru membuat pelaporan pelaksanaan dan penguasaan dalam FS dan FPM.

Langkah 3
Setelah disemak, didapati murid tidak menguasai. Maka guru bolehlah memberi peluang kepada murid tersebut untuk menjawab semula. Waktu menjawab adalah mengikut budi bicara guru. Sekiranya soalan dalam instrumen yang asal belum dibincangkan semula, guru boleh memberi instrumens yang sama. Tetapi sekiranya bagi cikgu agak mustahil murid tersebut menjawab, wajarlah guru memberi instrumens yang lebih rendah tahap kesukarannya.
          Bagi mengelakkan guru terbeban, cukuplah sekadar murid diberi peluang sekali sahaj. Namun jika guru ingin mencuba lagi, amat dialu-alukan.

Langkah 4.
Pencapaian pelajar dalam rekod transit hendaklah dimasukkan ke dalam sistem SPPBSM mengikut bulan semasa. Guru-guru diingatkan tidak melakukan kemasukan secara pukal. Sistem akan dibuka semula sewal Mac.....seperti yang dimaklumkan oleh Admin.


ISU-ISU SEMASA PELAKSANAAN PS.
Sebarang isu atau masalah yang timbul perlulah merujuk kepada KONSEP asal pelaksanaan PBS, dibincangkan dalam panitia mata pelajaran, dan setiausaha PBS perlu lebih berilmu dan boleh menjadi rujukan oleh guru lain.









No comments:

Post a Comment