Saturday 12 January 2013

PBS 2013

SEPINTAS LALU BERKAITAN PBS,
PDP bagi tahun 2013 telah bermula 2/1/2013, maka bermulalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi Ting 1 dan Ting 2. Langkah utama yang perlu dilakukan oleh semua guru yang terlibat ialah memastikan instrumens yang hendak diuji dalam DSP telah tersedia. Murid sudah bermula menjawab instrumens sekiranya objektif DSP ada dalam Rancangan Tahunan semasa PDP. Jangan tangguhkan lagi kerana ia pasti akan membebankan guru kelak. Jika instrumen tiada, mohon Panitia usahakan ia wujud ASAP.....tiada yang mustahil kerana guru mampu untuk menyediakan soalan instrumen sendiri. Setelah evidens murid disemak, rekodkan dalam Rekod Transit pelajar dan simpan evidens dalam FS dan FPM. Rajin-rajin bertanya jika ada keraguan atau google lah di internet. Mohon perkara-perkara diatas telah berlaku......

No comments:

Post a Comment