Monday 26 October 2015

PT3 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
saat ini terdetik saya menyampaikan sedikit info berkaitan PT3 2015.

Saya mengajar satu kelas Tingkatan 3, setiap kali pembelajaran dan pengajaran dijalankan ia penuh dengan input input topik tingkatan 3 sahaja. Saya hanya mampu menyelitkan sedikit demi sedikit imbauan topik Tingkatan 2 dan Tingkatan 1. Cukup rasa dengan kekangan masa. Setiap kali membincangkan intipati kemahiran saya cuba memberi gambaran rupa soalan yang akan keluar. Terus terang saya nyatakan di sini, tiada sekali pun kelas bimbingan saya buat untuk calon PT3.......mungkin saya lebih mengabdikan diri untuk calon SPM Matematik Tambahan.

Setiap latihan PENEGUHAN yang ada dalam buku teks akan dijadikan latihan yang wajib dijawab bagi menerapkan soalan bercirikan KBAT. Buku model latihan PT3 hanya digunakan oleh murid target A, manakala murid lain diberi lembaran tambahan yang lain. (sesuai dengan aras mereka). Apa yang masih ralat dalam diri saya ialah Nota PT3 bagi soalan soalan mudah masih gagal saya siapkan.

Sebulan sebelum PT3, study week waktu pdp adalah dalam 3 kumpulan, Target A, Target B/C, dan Target Lulus. Habis PdP, rasa macam baru balik marathon 2 km......hahaha. 

Sehingga ke tarikh Verifikasi soalan ke sekolah lain, saya memang tidak pernah melihat soalan PT3, dan saya sendiri tidak tahu soalan apa yang dipilih oleh sekolah saya.

19/10/2015 hingga 21/10/2015 saya bermesyuarat di Kuala Lumpur untuk memahami Panduan Penskoran, di sinilah baru saya menghayati soalan pada setiap soalan. Syabas LPM kerana soalan amat baik,
1. Memenuhi kemahiran Topik Tingkatan 3.
2. Ada ciri ciri menjurus soalan SPM
3. Dikaitkan dengan kehidupan harian.
4. KBAT yang boleh diselesaikan lebih dari satu cara.
berbeza dengan PMR
1. Kemahiran Topik Tingkatan 3 ada yang hanya digunakan dalam soalan SPM.
    namun ada beberapa perkara yang perlu diteliti
2. Skema bagi soalan KBAT kadang kadang tidak sesuai dengan jangkaan jawapan kita, contohnya 
    hanya menyatakan jejari sudah mendapat P1. Ataupun dengan melukis rajah yang sesuai dengan 
    jawapan dan dilabel dengan nilai yang dikehendaki, kemungkinan mendapat markah penuh.
    Manakala jawapan pengiraan yang paling tepat pula menggunakan kemahiran Tingkatan 4.
    (Namun perkara ini masih boleh dibaiki)
3. Set soalan yang pelbagai, amat menyukarkan PKw melaksanakan tugas mereka. Justeru mohon ia
    lebih dimurnikan.

22/10/2015 hingga 23/10/2015 kami menyampaikan pula panduan penskoran di peringkat Daerah. Disaat rakan lain cuti jerebu, syabas guru terlibat tetap tersenyum malaksanakan tugas masing masing.

Kesimpulannya saya amat menghargai perubahan corak soalan PT3, inilah langkah langkah kearah perubahan soalan SPM. Dimensi murid dan guru perlu berubah.....perlu lebih mencabar dan menarik. Setiap perkara baru pasti ada kelemahan, namun ia masih boleh diperbaiki.

Saturday 3 January 2015

TANGGUNGJAWAB 2015

Seperti yang saya telah nyatakan dalam entri sebelum ini, bagi tahun 2015 secara rasminya semalam....saya sudah tidak memegang jawatan sebagai SU PBS. Maka kemungkinan masalah teknikal berkaitan PBS tidak dapat saya kongsikan, melainkan jika ia melibatkan SPS. 

Saya hanya akan terlibat dengan PT3 Negeri dan Daerah melibatkan mata pelajaran Matematik sahaja. 

Tugas baru 2015:
Penyelaras/Guru Bestari SMK Khir Johari - Thank you Tuan Haji Muhammad Radzi b. Ismail atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan.

SEBUAH CATATAN UNTUK IBUBAPA

Realitinya ramai ibubapa yang amat terkilan dengan keputusan PT3. Saya adalah antara seorang ibu yang mempunyai seorang anak lelaki di SBP.....menjadi bahan rintis pelaksanaan PBS. Rata-rata keputusan SBP jatuh menjunam seperti tragis kapal terbang. Bezanya calon PT3 masih boleh bangkit dan berdiri.

Saya tidak dapat nafikan bahawa proses perubahan dan pelaksanaan PBS memang mengecewakan....terdapat beberapa kelemahan. Namun sebagai pendukung kepada pelaksanaan Dasar Kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab kami cuma melaksanakan sebaik yang mungkin. Sebenarnya hala tuju dan intipati PBS adalah baik. 

Dari sudut seorang guru, PdP (Pembelajaran dan Pengajaran) dilaksanakan seperti biasa....konsep isi kandungan pelajaran perlu difahami oleh murid dan mencapai objektif. Kemudian murid akan ditingkatkan lagi keupayaan berfikir mereka melalui penambahan bilangan soalan tahap analisis dan sinstesis. Inilah yang dikatakan penerapan unsur unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Jika dahulu nisbah kesukaran soalan PMR adalah 5:3:2 (rendah:sederhana:sukar) tetapi PT3 ialah 3:4:3 (rendah:sederhana:sukar) Kemudian guru-guru akan mencatatkan tahap pencapaian murid dalam setiap kemahiran yang dilalui, iaitu Pentaksiran Sekolah yang dinyakan dalam bentuk band. 

Dari sudut seorang murid, mereka perlu sentiasa aktif dalam mengikuti proses PdP kerana setiap kemahiran yang dipelajari akan dinilai pencapaian dalam bentuk band. Selain itu semua perkara yang ada dalam setiap tajuk mempunyai kebarangkalian ataupun berkemungkinan akan keluar. Maka pada saat ini, murid-murid wajarlah sedar bahawa mereka perlu peka dengan apa yang dipelajari didalam kelas dan menyelesaikan segala tugasan pada waktu semasa. Secara tidak langsung, kita telah mendidik murid agar lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri pada setiap waktu persekolahan. Murid juga perlu malatih diri untuk berkomunikasi dengan baik kerana mereka akan diuji dalam Ujian Lisan. Perkara yang seringkali menjadi masalah kepada guru ialah, murid-murid langsung tidak berminat dengan Subjek Sejarah. Justeru itu kajian Kes Sejarah telah memaksa mereka melalui proses pembacaan, pengumpulan maklumat, penulisan bahan dan sebagainya.

Dari sudut seorang ibubapa, kita hendaklah cuba memahami dasar dan matlamat kerajaan. Cuba mendapatkan maklumat dari mana-mana dan yang paling mudah daripada pihak sekolah. Cuba kita bandingkan anak PMR dan anak PT3. Kalau dahulu kita tahu anak kita selalu mendapat markah Matematik sekitar 60 hingga 70, tetapi bila PMR mereka mendapat A. Ataupun anak kita tidak pernah mendapat 'Straight A' dalam peperiksaan di sekolah dan percubaan PMR, tiba-tiba PMR 'Straight A'. Logikkah tiba-tiba dalam masa sebulan anak kita pandai dengan mendadak (boleh berlaku tetapi jarang sekali). Masuk anak PMR ke Tingkatan 4, Matematik Tambahan gagal sesaje. Namun masih ada murid PMR yang boleh skor A dalam Matematik Tambahan....kenapa boleh berlaku demikian. Murid skor Matematik Tambahan A adalah murid yang PMR A Matematik dengan skor 90+, tetapi murid yang gagal Matematik Tambahan adalah murid yang PMR A Matematik dengan skor 70+. (Pengredan ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan statistik tertentu). 

Berbeza dengan murid PT3, A mereka adalah dalam ranking markah 80-100, dan tidak sama sekali berubahan oleh mana-mana faktor. Jika hanya terdapat 83 orang sahaja Straight A seluruh negara, itulah gambaran sebenar bahawa murid tersebut benar-benar bijak, rajin, tekun, bersungguh-sungguh dan sebagainya. Mungkin anak kita memang pandai, tetapi dia kurang rajin.......ataupun mungkin anak kita rajin tetapi dia kurang bijak. Ini adalah realiti yang perlu difahami oleh kita sebagai ibubapa.


Dari sudut pihak sekolah, Dasar Kerajaan totally sudah berubah.....maka dasar pentadbiran sekolah perlu berubah. Jangan sama sekali kita membiarkan anak-anak yang cerdik pandai mencari ilmu sendiri.....mereka perlu dibimbing. Murid-murid perlu didedahkan dengan KBAT....PdP mesti ada KBAT......PdP mesti relevan dengan perubahan semasa. Tiket kepandaian anak anak di SBP bukan tiket untuk pihak pentadbiran dan guru bersenang senang kerana pelanggan sudah pandai. Sepatutnya tiket inilah yang digunakan untuk menghasilkan murid yang cukup berkualiti dan unggul. Guru sudah tidak boleh buta IT....guru perlu memastikan pembelajaran boleh berlaku sepanjang masa dan dimana sahaja.


Semoga catatan saya ini dapat membantu masyarakat diluar memahami perubahan ini.
Maaf jika ada tulisan yang menguris hati.

Friday 19 December 2014

KEPUTUSAN PT3 2014

Keputusan boleh diperolehi di sekolah masing-masing pada 22/12/2014. Sudah pasti keputusan akan jauh berbeza dengan PMR kerana PT3 memang berbeza.....itu perlu direnung kembali apabila ada pihak pihak yang mula bersuara.

Apa yang boleh saya katakan....dari pemikiran saya, keputusan itulah gambaran sikap atau tahap intellegent pelajar, budaya keluarga dan masyarakat, kesungguhan guru dan sekolah, dan realiti tahap akademik pendidikan. Saya memuji dan menyokong cara dan gaya sekarang......kerna gred pencapaian pelajar tidak ditentukan oleh mana-mana pihak atau statistik tertentu. Tahniah kerna berani dengan perubahan ini.

Semoga cara ini diteruskan dan ditambahbaik lagi...mana mana yang lemah. Diharap semua pelaksana akan terus mengekalkan INTEGRITI masing masing demi ketulenan hasil keputusan.


Sunday 7 December 2014

Meeting 4 - 6/12/2014

Alhamdulillah, meeting kali ini Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik. Fokus perbincangan dapat saya hayati dan ikuti dengan baik. Saya suka sangat bila membincangkan hala tuju pendidikan....kesungguhan individu tertentu untuk menjayakan kemenjadian murid/insan tanpa dibatasi oleh birokrasi dan politik.
         Saya lebih suka melaksanakan tugasan sebaik yang mungkin....semampu yang mungkin walaupun ada kepincangan pada sistem tertentu. Kerana prinsip saya, kurangkan kelemahan yang ada dengan menambah nilai kebaikan kepada tugasan tersebut/atau selesaikan secara positif dengan memastikan murid tetap mendapat menafaat. 
              Saya yakin dengan prinsip dan langkah ini kerana berkenalan dengan Datuk Dr, yang sanggup bergerak kemana sahaja tanpa mengira kekangan masa dan wang ringgit demi menghasilkan insan berkualiti dan mampu menerajui negara di persada dunia.......menjadikan saya cukup bersyukur menjadi pendidik.
            Setiap pendidik perlu malakukan perubahan dalam corak PdP masing masing...itu adalah realiti. Kemampuan menghasilkan soalan dan teknik penyoalan yang berkesan perlu digarap dan diperbaiki. Walaupun mungkin kita gagal mengubah budaya hidup masyarakat.....namun kita telah berusaha, dan mungkin kita telah mengubah seseorang. InshaAllah.

Thursday 4 December 2014

IN HISTORY

The PMR, which was introduced in 1993 to replace the Sijil Rendah Pelajaran examination, was held for the last time in 2013.


Noor Izzat said this was a big worry for teachers after the PT3 was announced yesterday by the Education Ministry as part of its improvements to the school based assessment system (PBS). Noor Izzat said the fear is that well-connected parents will be able to influence teachers and their school, leaving students from poorer families at a disadvantage.


While some improvements to the SBA, such as the reduced workload for teachers have been welcomed, Noor Izzat said some of the changes did not solve some of the system's others weaknesses. Most notably how to ensure students actually understand what is being taught them. The main problem Noor Izzat insisted again, is class size and the teacher to student ratio, which is normally one teacher to 40 students.
 

Wednesday 3 December 2014

Info Semasa

Pelaporan PS saya sudah susun mengikut tingkatan, mengikut kelas secara softcopy di dalam PC dan Google Drive.....so saya boleh dapatkan maklumat di mana mana. Manakala cetakan hardcopy hanya dibuat untuk pelajar yang memohon. Setakat ini ada 40+ students yg meminta cetakan PS.

Cetakan PAJSK dan Psikometrik telah diserahkan kpd   pelajar. Setakat ini serahan dalam 53% kerana ramai yg tidak hadir ke sekolah pd minggu akhir persekolahan.

Target saya sekarang ialah mengemas bilik PBS dalam waktu terluang sepanjang cuti sekolah.

Tuesday 18 November 2014

2015 BAKAL TIBA...INSHA'ALLAH

TUGAS  BARU

2015.....dengan tugasan baru, mungkin akan menyebabkan blog ini tidak akan dikemaskini lagi....mungkin. Saya telah berkhidmat di sekolah ini semenjak 2003....dengan tugasan,
2004                PEN SU PEPERIKSAAN DALAMAN
2005-2009        KETUA PANITIA
2010-2011        SU PMR
2012                SU PMR dan SU PBS
2013-2014        SU PBS
2015                TUGAS BARU

saya harap, sekurang-kurang saya dapat berkongsi ilmu...meluahkan perasaan....jika saya masih terlibat dalam hal-hal berkaitan PBS...insha'Allah saya akan teruskan blog. 

SELAMAT BERCUTI SEMUA.....SEMOGA KITA SEMUA DIANUGERAHI KESIHATAN YANG BAIK DAN MAMPU TERUS BERKHIDMAT......MAAFKAN SAYA JIKA ADA PENULISAN YANG MENGURIS HATI.

Friday 7 November 2014

TANGGUNGJAWAB SU PBS - CARTA ORGANISASI PBS

TIDAK DINAFIKAN MASIH ADA YANG TIDAK JELAS TENTANG KUASA DAN TANGGUNGJAWAB SU PBS.
(Kepentingan SU PBS adalah selepas G8 atau G9 atau G10 sekolah anda)

                                                                                                      

Kebanyakan sekolah hanya nampak SU PT3, sebenarnya SU PBS lah yang patut memainkan peranan utama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan PBS di sekolah masing-masing. SU PBS tidak boleh mematikan diri dan buat-buat tak tahu........andalah Pengarah/Director yang sebenarnya. Anda boleh memohon kerjasama PK Kokurikulum jika bermasalah dalam PAJSK, PK H.E.M. jika bermasalah dalam PSIKOMETRIK, PK Pentadbiran jika bermasalah dalam PENTAKSIRAN SEKOLAH dan PT3.



Ini adalah sumber Jawatankuasa PBS dr Buku Panduan Pengurusan PBS

Pada tahun 2012, memang le saya ikut macam yang dinyatakan di atas. Saya hairan kenapa Komponen Pentaksiran Pusat (PT3) tidak dimasukkan sekali sedangkan dalam Buku Panduan Pengurusan PBS 2014 dinyatakan pada muka surat 10 diberi carta komponen PBS iaitu dua bahagian utama AKADEMIK (PP dan PT3) BUKAN AKADEMIK (PAJSK dan Psikometrik).

So bagi keseragaman dan kelancaran dalam pengurusan dan penyimpanan dokumen, maka saya telah menggunakan carta komponen PBS itu asas kepada carta organisasi sekolah kami.

PENTAKSIRAN SEKOLAH - MODUL PEREKODAN 2014

Surat arahan penutupan perekodan telah dikeluarkan oleh KPM, iaitu pada 7/11/2014. Saya telah meminta guru-guru menyerahkan modul perekodan ting 3(hard copy) pada tarikh akhir 3/11/2014. Hari ini baru saya semak, guru-guru yang masih gagal membuat hantaran.......masih orang yang sama...... Susah sangat ke...nak ikut arahan.

Hari ini juga saya mengarahkan modul perekodan ting 1 dan 2 mula dihantar. 

Berbalik kepada surat arahan tersebut....cetakan perlu dilakukan hingga 30 November. Tetapi saya rasa amat tidak berpuas hati di sini, jika seorang budak ada 13 mata pelajaran maka ada 13 helai cetakan bagi setiap murid. So, sekolah saya ada 200 pelajar ting 3....maka akan jadi 2600 helai......bayangkan, bayangkan, bayangkan.......

Saya juga turut mushkil dengan menu Pentakasiran Sekolah dalam SPS.....adakah ia akan digunakan kelak......cuba tanya.....cisss maleh le nak tanya......biarkan le....