Sunday 17 February 2013

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENYEDIAAN INSTRUMENS

Instrumens amat penting dalam proses pelaksanaan Pentaksiran Sekolah. Sekarang ini terdapat banyak instrumens dikeluarkan oleh penerbit-penerbit buku. Apa yang perlu diteliti ialah konsep asal pelaksanaan PS. Pentaksiran Sekolah adalah dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Proses ini berterusan dalam PdP yang dijalankan. Aktiviti PdP juga adalah berbeza mengikut tahap kecerdasan murid. Justeru itu instrumens yang digunakan juga mestilah sesuai dengan kecerdasan murid. Maka wajarlah diteliti semula penggunaan instrumens dari penerbit-penerbit buku.
      Pengorbanan masa dan tenaga bagi penyediaan instrumens tidaklah merugikan, kerana ia akan lebih memudahkan guru dimasa akan datang. Selain itu kita mampu membaiki instrumens agar lebih berkualiti dari semasa ke semasa. Mungkin ia akan membebankan tetapi perancangan awal dan kerjasama sesama guru dapat mengatasi sebarang bebanan tugasan.
    Selain itu, guru boleh menggunakan pelbagai instrumens lain seperti buku teks, buku aktiviti/kerja, buku tulis, demonstrasi, kuiz, soal jawab dan sebagainya