Monday 13 May 2013

Kesilapan Memasukkan Prestasi Murid

Baru-baru ini ada berlaku kesilapan memasukkan prestasi murid. Prestasi bagi deskriptor yang belum dipelajari di 'tick' dan 'disimpan' sehinggalah band 5. Saya cuba memohon bantuan Pengetua untuk log in dan membuat kemaskini prestasi. Memadamkan semula 'tick' pada prestasi dan simpan kembali, malangnya prestasi masih wujud.
            Akhirnya saya mebatalkan mata pelajaran murid dan mendaftarkan semula, alhamdulillah semua prestasi hilang. Meminta guru tersebut membuat kemasukan prestasi yang dipelajari sahaja dan hanyalah berdasarkan rancangan harian. Kekadang pening, bila masih ada yang tidak faham dengan proses pentaksiran sekolah.