Tuesday 30 September 2014

MESYUARAT KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS PT3

ALHAMDULILLAH hari ini SU PT3 telah mengadakan mesyuarat KPengawas dan Pengawas PT3 yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Mohd Radzi b. Ismail. Banyak perkara yang kami bincangkan, kami sedaya upaya mengadakan peperiksaan ini totally seperti peperiksaan awam yang lain. Hari ini juga semua pengawas menandatangani surat akuan sumpah.
       
Syukur alhamdulillah proses percetakan dan menyusun soalan telah mula berjalan. Beberapa perubahan dilakukan walaupun pelan asal adalah berbeza, ini semua bagi menjaga INTEGRITI dalam semua proses persediaan PT3. SU PBS bertanggungjawab menghantar dan mengambil instrumens untuk dicetak. Bilik cetak dikunci semasa proses percetakan. Proses penyusunan soalan juga disusun oleh guru mata pelajaran secara cross subject. Misalnya guru Matematik menyusun instrumens Pendidikan Islam.


No comments:

Post a Comment