Friday, 31 October 2014

PROSES KEMASUKAN PAJSK 2014

Setelah bertungkus lumus selama 2 hari, pagi ini jam 7.30 pagi ada taklimat pengisian kepada guru kelas Tingkatan 3.

Guru-guru boleh login kedalam sistem SPS, dapatkan ID dan password dari guru yang bertanggungjawab menjaga SPS sekolah. Login ke https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms/login.jsp

Cikgu boleh lihat menu Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan pilih menu Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Klik menu tersebut dan pilih menu yang hendak diisi SEGAK (Penggal 1 dan Penggal 2) dan KOKURIKULUM (Sukan dan Permainan/Persatuan/Unit Berunifrom/Ekstrakurikulum)

Susun borang markah ikut nama murid untuk memudahkan pengisian. Tekan butang simpan, tekan pasti dan pilih murid lain pula.

Semasa proses pengisian, layout terlalu besar...so kena gerak cursor untuk pengisian. Kemudian jadi kecil balik...itulah info yang saya perolehi.

Pada 2/11/2014 jam 8.00 pagi, alhamdulillah 90% pengisian telah berjaya dilakukan oleh guru kelas....saya membuat semakan melalui admin sps.

Realiti...perkara ini mudah jika SPS telah bersedia untuk digunakan. Harapan....masalah ini tidak akan berlaku di lain masa....saya sendiri demam kerana SPS....walhal saya boleh tutup mata kerana ini tanggung-jawab orang lain. Namun akhirnya memberi kesan kepada tugasan PBS. ALLAH HUMA YASSIR WALLATUASSIR.

TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU KELAS....SAYA AMAT
HARGAI KELANCARAN TUGASAN ANDA.... 


No comments:

Post a Comment