Monday, 3 November 2014

CETAKAN PAJSK 2014

ALHAMDULILLAH....semakan melalui admin SPS, pengisian PAJSK telah 100% berjaya. Namun ada 3 orang murid gagal untuk kemasukan markah kerana masalah teknikal SPS,

1. Pelajar A - Murid ini telah didaftarkan sebagai murid Tingkatan 3 namun jenis kelas tidak diisytiharkan (sepatutnya klik kelas umum semasa pendaftaran dalam SPS), maka murid ini tidak dapat dipindahkan kemana-mana kelas tingkatan 3. Esok saya akan cuba daftar murid ini semula menggunakan no. surat beranak kerana pendaftaran baru menggunakan IC tidak boleh. (masalah dapat diselesaikan pada 4/11/2014)

2. Pelajar B - Murid ini telah didaftarkan ke dalam sistem SPS, namun gagal untuk dipindahkan ke kelas. Ralat yang keluar ialah "Tidak dibenarkan dipindahkan ke kelas yang sama"....karut apa....murid ni belum masuk mana-mana kelas pun...esok akan cuba lagi. (masalah dapat diselesaikan pada 4/11/2014)

3. Pelajar C dan D - Untuk markah SEGAK...bila diisi tinggi dan berat....ia tidak diproses....tak tahu kenapa...saya akan cuba lihat maklumat pendaftaran dalam SPS. Seorang lagi markah tidak dapat dipaparkan dan dicetak.


Saya telah memuat turun hasil Cetakan dan menyimpan dalam komputer...so esok hanya memuat turun murid yg bermasalah. Jam 12.06 am....menu PAJSK tidak aktif...alhamdulillah dah muat turun tadi....kalo idak nunggu esok le jam 12.00 pm.

No comments:

Post a Comment