Wednesday 24 September 2014

PERSEDIAAN PELAKSANAAN PT3

TUGAS-TUGAS SEBELUM PEMASANGAN

1. Menyediakan carta aliran pemasangan instrumen.
2. Mengedarkan surat lantikan atau serahan kuasa pemasangan
    instrumen dan perbanyakkan instrumens.
2. Mengadakan taklimat pemasangan instrumens bagi guru
    yang terlibat dan Ketua Pentaksir Mata Pelajaran
    (Ketua Panitia) wajib hadir.
3. Mengutip surat Akuan Sumpah Pemasangan Item dan proses
    memberbanyakkan instrumens.
4. Menyediakan jadual pemasangan mata pelajaran.


TUGAS-TUGAS SEMASA PEMASANGAN

1. SU PBS atau SU PT3 bertanggungjawab login kedalam
    aplikasi dan menjadi pemantau.
2. Ketua Panitia atau guru yang diberi kuasa bertanggungjawab
    memasang, mencetak dan menyemak urutan soalan kualiti
    cetakan.
3. SU PBS atau SU PT3 bertanggungjawab menerima
    instrumens untuk disimpan di dalam almari berkunci
    sehingga proses verifikasi.

TUGAS-TUGAS SEMASA VERIFIKASI INSTRUMENS
(Proses hanya berlaku di dalam satu tempat khas)

1. SU PT3 bertanggungjawab menunjukkan kepada Ketua
    Panitia borang Verifikasi Instrumens yang akan diisi
    oleh Pkw.
2. SU PBS atau SU PT3 bertanggungjawab bersama Ketua
    Panitia menunggu PKw untuk menyerahkan instrumens
    kepada PKw untuk diverifikasi.
3. Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan PKw
    menyerahkan borang verifikasi dan menyimpan dalam fail.

TUGAS-TUGAS SELEPAS VERIFIKASI

1. Ketua Panitia bertanggungjawab menyerahkan instrumens
    kepada pengetua untuk verifikasi.
2. Ketua Panitia bertanggungjawab membungkus instrumen
    secara SULIT dan menyerahkan kepada pegawai percetakan
    untuk diperbanyakkan.
3. Ketua Panitia bertanggungjawab menyerahkan instrumens
    yang diperbanyakkan kepada SU PT3.
4. SU PT3 akan menyimpan dalam bilik dan almari berkunci.
5. Guru yang dipertanggungjawabkan akan menerima instrumen
    untuk disusun dan menyerahkan semula kepada SU PT3.
    (Guru berkenaan hanya melakukan susunan dalam bilik khas)


 TUGAS-TUGAS SEBELUM UJIAN BERTULIS BERMULA

1. Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas.
2. Mengadakan mesyuarat Ketua Pengawas dan pengawas.
3. Menyerahkan surat akuan sumpah untuk diisi.
4. Ketua pengawas dan pembantu akan menerima dan
    menandatangani instrumens daripada SU PBS atau SU PT3.




No comments:

Post a Comment