Friday, 26 September 2014

INTEGRITI

Berpegang kepada prinsip bahawa kita adalah pelaksana bagi satu tanggungjawab
yang telah diamanahkan.....laksanakan ia sebaik yang mungkin....kurangkan
kelemahan dan kebocoran proses pelaksanaan demi menjaga generasi yang ada.....ketepikan
segala sikap ketidakpuasan dalam diri sendiri.

KITA ADALAH PELAKSANA.


SETULUS RASA

Masih ku nilai diriku ini
Berfikir dengan kematangan minda
Apakah kewajipan dan tanggungjawab
Terhadap keluarga
Masyarakat dan Negara

Akan ku isi dadaku ini
Cahaya yang murni ku jadikan panduan
Kejujuran keikhlasan menjana diri
Dengan amanah dan keredhaan

Bumi di pijak langit dijunjung
Maruah negara terus ku sanjung
Kesetiaanku tetap disini
Sepenuh integriti dan keyakinan diri

Kasih sayang ku melimpah ruah
Sedia berbakti dimana jua
Walau sumbangan tak seberapa
Akan ku lakukan setulus rasa




No comments:

Post a Comment