Friday, 31 October 2014

PROSES KEMASUKAN PAJSK 2014

Setelah bertungkus lumus selama 2 hari, pagi ini jam 7.30 pagi ada taklimat pengisian kepada guru kelas Tingkatan 3.

Guru-guru boleh login kedalam sistem SPS, dapatkan ID dan password dari guru yang bertanggungjawab menjaga SPS sekolah. Login ke https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms/login.jsp

Cikgu boleh lihat menu Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan pilih menu Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Klik menu tersebut dan pilih menu yang hendak diisi SEGAK (Penggal 1 dan Penggal 2) dan KOKURIKULUM (Sukan dan Permainan/Persatuan/Unit Berunifrom/Ekstrakurikulum)

Susun borang markah ikut nama murid untuk memudahkan pengisian. Tekan butang simpan, tekan pasti dan pilih murid lain pula.

Semasa proses pengisian, layout terlalu besar...so kena gerak cursor untuk pengisian. Kemudian jadi kecil balik...itulah info yang saya perolehi.

Pada 2/11/2014 jam 8.00 pagi, alhamdulillah 90% pengisian telah berjaya dilakukan oleh guru kelas....saya membuat semakan melalui admin sps.

Realiti...perkara ini mudah jika SPS telah bersedia untuk digunakan. Harapan....masalah ini tidak akan berlaku di lain masa....saya sendiri demam kerana SPS....walhal saya boleh tutup mata kerana ini tanggung-jawab orang lain. Namun akhirnya memberi kesan kepada tugasan PBS. ALLAH HUMA YASSIR WALLATUASSIR.

TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU KELAS....SAYA AMAT
HARGAI KELANCARAN TUGASAN ANDA.... 


Wednesday, 29 October 2014

KEMASUKAN MARKAH PAJSK OKTOBER 2014

Pernah saya menghantar email kepada pihak Kementerian bertanyakan aplikasi bagi kemasukan markah PAJSK. Ini balasan email yang diperolehi,

Mohd Rashid Mean (rashid.mean@moe.gov.my) is not on your Guest List
Approve sender | Approve domain 
Semua aplikasi baru. Tunggu arahan.
Sent from my iPhone


Balasan ini bertarikh 7 August 2014, so saya pun senyap. Hari berlalu hari demi hari dan pada 29 October 2014 jam 5.32 pagi bila saya membuka portal PPD ada pula arahan ini....

4.Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan memberi kebenaran kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk menghadiri bengkel ini. Pegawai berkenaan juga perlu membawa bersama komputer riba, broadbad dan maklumat yang berkaitan mengenai markah kokurikulum murid Tingkatan 3 bagi Tahun 2014 yang akan di isi melalui laman sesawang url - http://sps.l bestarinet.net/SPS Pegawai berkenaan boleh membuat tuntutan perjalanan berdasarkan pekeliling yang sedang berkuatkuasa sekarang. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai dijabatan ini, Cik Farahdila Bt. Abu Seman di talian 012-5136491.


Saya tak gelak tapi sekarang saya nak gelak...HAHAHAHAHAHAHA HAHAHAHA....so on the dot saya buka pulak sps.......ohhhhhh whatssss apa yang ada dalam sps ni......

Sampai sekolah.....flash kad...buka bilik.....makan makan, okay.....siapa yang bertanggungjawab dengan SPS ni. Ok...dapat, ASAP saya nak senarai nama guru kelas Tingkatan 3 dan password utk login SPS mereka. Masuk kelas......

Jam 11.00 pagi...mula operasi,  duduk dengan admin SPS, gerodak SPS....oh noooooo. Kerja berat terpaksa dilakukan...apa kan daya.

Jam 12.40 tengahari telah mencuba memasukkan markah SEGAK, SUKAN DAN PERMAINAN, UNIT BERUNIFOM...untuk NAVIN,
testing....cetak....yesss berjaya.

Pada saat ini sedang mendaftarkan murid Tingkatan 3....then mendaftarkan ke dalam kelas....then baru masuk markah SEGAK.

Jam 11.00 malam SPS tergendala untuk kerja kerja pembaikan..... boleh rest sekarang.

Petang tadi baru saya dapat info dari my hubby......pengemaskinian SPS telah diarahkan....ada pihak yang telah dipanggil..........??????? siapa???

*PASTIKAN SPS SEKOLAH ADALAH SENTIASA DIKEMASKINI.....
 PENGAJARAN*

3/11/2014 - semua telah selesai, kecuali 2 pelajar masalah sps dan 2 pelajar
                 masalah aplikasi SEGAK. (bukan masalah kami...ok)
4/11/2014 - jam 1.02 tengahari, 2 pelajar yang tidak dapat dipindahkan
                 ke kelas mereka...berjaya dipindahkan dan markah mereka
                 telah berjaya dicetak. Namun 2 pelajar lagi masih bermasalah,
                 a. key in berat dan tinggi.....BMI tidak diperoses.
                 b. proses key in sudah dilakukan tetapi tiada rekod dalam cetakan.
                     Menu PAPAR juga tidak keluar...bila klik menu pensil....keluar
                     rekod telah ditambah.





Monday, 27 October 2014

3 MINGGU 4 HARI LAGI

HAHAHA...Menghitung hari ka....itu lah sisa sisa hari persekolahan 2014....namun PBS macam tak bersisa ajer. Hari ni mesyuarat akhir H.E.M. dan Kokurikulum...saya masih bercakap pasal PBS. Hari ni mengingatkan guru-guru menyimpan borang rekod penyertaan kokurikulum murid Tingkatan 1, 2 dan 3 dalam fail di dalam bilik PBS.....date line 10/11/2014..Fuhhhh giler kuasa betul....saya juga yang bercakap.....entahlah....kena ambil tahu sebab ia masih under PBS....lebih lebih lagi saya ni gangster Kampung Dusun...hahaha. Hanya warga JAUHARI yang memahamiku.

Kawan kawan mula pening dengan tugasan saya....tak habeh habeh ke....tahun depan....ada sape berani ambil......sila sila sila, big bos kata saya jadi Guru Disiplin......kena pi belajo jadi bomoh orrr belanjo silat.......budak degil ku jampi dema...hahaha...aman dunia.

Panasss....panassss....panasss nak masuk Vokasianal pun nak kena isi pencapaian band.......mak oooi guano ni.......maleh lagi nak pikio....sok le.

(cakap macam orang mabuk sikit....kejutan kerja baru habis cuti 
 Depavalli  one week)

Tuesday, 14 October 2014

PEMANTAUAN PT3

13/10/3014 Pemantau dari JPN seawal 7.30 pagi. Saya ingat pegawai
                   tersebut dari PPD rupanya dari JPN. Maaf tuan. Beliau
                   sekadar melihat Dewan Peperiksaan.
                   Kemudian, datang pula pemantauan dari PPD jam 10.50
                   pagi.Beliau sekadar melihat Bilik PBS.

14/10/2014 Hari ini ada banyak kelas PdP...so maleh le nak round bilik
                   peperiksaan. Jam 8.20 rupanya ada pemantauan dari
                   PPD...adusss banyak juga yang ditanya. Overall good
                   comments from her, tq.

15/10/2014 Pagi-pagi dah round bilik peperiksan....then pi sarapan lerrr.
                  Dah kenyang...giliran saya pulak tunggu bilik PBS.....
                  tup tup....datang pemantau dari PPD. Jemput Tuan....
                  Komen pertama....adussss pintu bilik...kenyataan
                  "Pelajar Dilarang Masuk" perlu diubah dengan ayat yang
                  lebih sesuai....ermmmm. Komen kedua, mana salinan
                  surat lantikan....maaf tuan saya simpan surat akuan
                  sumpah aje....and salinan surat utama lantikan. Konon
                  nak jimat kertas...jimat pokok. Hahaha dah kena saya...
                  tq tq Tuan Pengetua mai dan bawa dia lari. Hahaha.

16/10/2104 Saya tak da kat sekolah....biaq pi le pemantau....info
                  diperolehi pemantau hanya round bilik peperiksaan.

  TAHNIAH SEMUA CIKGU....ANDA TETAP YANG TERBAIK


Friday, 10 October 2014

UJIAN BERTULIS PT3

09 OKTOBER TELAH SELESAI MEMBUKA DEWAN DAN MENYUSUN
                      MEJA

10 OKTOBER MASIH MEMBUAT PERSEDIAAN UJIAN BERTULIS,
                     IAITU BORANG KEHADIRAN PELAJAR DAN BORANG
                     KEHADIRAN KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS.

                     BENAR TERASA
                     TERKEJAR KEJAR DENGAN KELAS PT3, LAST MINUTE
                     SEMANGAT PELAJAR AGAK BERBEZA, KELAS SPM DAN
                     KELAS TINGKATAN 4 YG MASIH ADA SATU BAB LAGI
                     TAK HABIS.....YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN
                     HAMBAMU.

SELAMAT BERTUGAS KEPADA RAKAN GURU YANG 
TERLIBAT DALAM UJIAN BERTULIS