Tuesday, 30 September 2014

MESYUARAT KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS PT3

ALHAMDULILLAH hari ini SU PT3 telah mengadakan mesyuarat KPengawas dan Pengawas PT3 yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Mohd Radzi b. Ismail. Banyak perkara yang kami bincangkan, kami sedaya upaya mengadakan peperiksaan ini totally seperti peperiksaan awam yang lain. Hari ini juga semua pengawas menandatangani surat akuan sumpah.
       
Syukur alhamdulillah proses percetakan dan menyusun soalan telah mula berjalan. Beberapa perubahan dilakukan walaupun pelan asal adalah berbeza, ini semua bagi menjaga INTEGRITI dalam semua proses persediaan PT3. SU PBS bertanggungjawab menghantar dan mengambil instrumens untuk dicetak. Bilik cetak dikunci semasa proses percetakan. Proses penyusunan soalan juga disusun oleh guru mata pelajaran secara cross subject. Misalnya guru Matematik menyusun instrumens Pendidikan Islam.


Friday, 26 September 2014

INTEGRITI

Berpegang kepada prinsip bahawa kita adalah pelaksana bagi satu tanggungjawab
yang telah diamanahkan.....laksanakan ia sebaik yang mungkin....kurangkan
kelemahan dan kebocoran proses pelaksanaan demi menjaga generasi yang ada.....ketepikan
segala sikap ketidakpuasan dalam diri sendiri.

KITA ADALAH PELAKSANA.


SETULUS RASA

Masih ku nilai diriku ini
Berfikir dengan kematangan minda
Apakah kewajipan dan tanggungjawab
Terhadap keluarga
Masyarakat dan Negara

Akan ku isi dadaku ini
Cahaya yang murni ku jadikan panduan
Kejujuran keikhlasan menjana diri
Dengan amanah dan keredhaan

Bumi di pijak langit dijunjung
Maruah negara terus ku sanjung
Kesetiaanku tetap disini
Sepenuh integriti dan keyakinan diri

Kasih sayang ku melimpah ruah
Sedia berbakti dimana jua
Walau sumbangan tak seberapa
Akan ku lakukan setulus rasa




Thursday, 25 September 2014

BILIK PBS TERKINI

TERIMA KASIH BUAT TUAN HAJI MOHD RADZI B. ISMAIL, PENGETUA
ATAS SEGALA KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN.
We always support u....100%.
BILIK YANG DISUSUN ATUR MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA

OUR BIG BOS


Rak Fail SEGAK dan KOKURIKULUM Ting 1-5

Rak Fail Lembaran Markah/Skor dan Borang Verifikasi dan Moderasi 
oleh PKw


Rak Evidens Kajian Kes Sejarah

Rak Evidens Kajian Kes Geografi

Rak Fail-fail Induk


 
Komputer untuk keperluan pelaksanaan tugas PBS
dan ruang kerja kami.


Wednesday, 24 September 2014

TANGGUNGJAWAB SEMASA PELAKSANAAN PT3

TUGAS-TUGAS SEMASA UJIAN BERTULIS

1. Ketua Pengawas dan Pengawas akan menerima serahan dokumen
    berkaitan dan instrumens daripada SU PT3.
2. Ketua Pengawas akan membuat taklimat kepada calon ujian bertulis.
3. Ketua Pengawas akan menyerahkan evidens kepada SU PT3.
 *** Dokumen berkaitan PT3
      a. Kulit agihan skrip jawapan mengikut kelas.
      b. Plastik bungkusan.
      c. Getah.
      d. Sampul surat errata.
      e. Borang kehadiran pengawas.
      f. Borang kehadiran calon.
      g. Borang kehadiran pemantau....(asalnya saya tak sediakan
          so kena komen dengan pemantau)
        

TUGAS-TUGAS SELEPAS UJIAN BERTULIS

1. Ketua Pengwas akan menyerahkan skrip jawapan kepada SUP.
2. Pentaksir mata pelajaran akan menerima skrip jawapan daripada SU PT3.
3. Ketua Pentaksir mata pelajaran akan mengadakan mesyuarat
    penyelarasan skor.
4. Ketua Pentaksir mata pelajaran akan membuat moderasi skor.
5. PKw akan datang untuk membuat moderasi skor dan verifikasi skor.
6. Pengetua akan membuat verifikasi skor.
7. Pentaksir mata pelajaran akan membuat kemsukan skor dalam aplikasi
    online PT3.

PERSEDIAAN PELAKSANAAN PT3

TUGAS-TUGAS SEBELUM PEMASANGAN

1. Menyediakan carta aliran pemasangan instrumen.
2. Mengedarkan surat lantikan atau serahan kuasa pemasangan
    instrumen dan perbanyakkan instrumens.
2. Mengadakan taklimat pemasangan instrumens bagi guru
    yang terlibat dan Ketua Pentaksir Mata Pelajaran
    (Ketua Panitia) wajib hadir.
3. Mengutip surat Akuan Sumpah Pemasangan Item dan proses
    memberbanyakkan instrumens.
4. Menyediakan jadual pemasangan mata pelajaran.


TUGAS-TUGAS SEMASA PEMASANGAN

1. SU PBS atau SU PT3 bertanggungjawab login kedalam
    aplikasi dan menjadi pemantau.
2. Ketua Panitia atau guru yang diberi kuasa bertanggungjawab
    memasang, mencetak dan menyemak urutan soalan kualiti
    cetakan.
3. SU PBS atau SU PT3 bertanggungjawab menerima
    instrumens untuk disimpan di dalam almari berkunci
    sehingga proses verifikasi.

TUGAS-TUGAS SEMASA VERIFIKASI INSTRUMENS
(Proses hanya berlaku di dalam satu tempat khas)

1. SU PT3 bertanggungjawab menunjukkan kepada Ketua
    Panitia borang Verifikasi Instrumens yang akan diisi
    oleh Pkw.
2. SU PBS atau SU PT3 bertanggungjawab bersama Ketua
    Panitia menunggu PKw untuk menyerahkan instrumens
    kepada PKw untuk diverifikasi.
3. Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan PKw
    menyerahkan borang verifikasi dan menyimpan dalam fail.

TUGAS-TUGAS SELEPAS VERIFIKASI

1. Ketua Panitia bertanggungjawab menyerahkan instrumens
    kepada pengetua untuk verifikasi.
2. Ketua Panitia bertanggungjawab membungkus instrumen
    secara SULIT dan menyerahkan kepada pegawai percetakan
    untuk diperbanyakkan.
3. Ketua Panitia bertanggungjawab menyerahkan instrumens
    yang diperbanyakkan kepada SU PT3.
4. SU PT3 akan menyimpan dalam bilik dan almari berkunci.
5. Guru yang dipertanggungjawabkan akan menerima instrumen
    untuk disusun dan menyerahkan semula kepada SU PT3.
    (Guru berkenaan hanya melakukan susunan dalam bilik khas)


 TUGAS-TUGAS SEBELUM UJIAN BERTULIS BERMULA

1. Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas.
2. Mengadakan mesyuarat Ketua Pengawas dan pengawas.
3. Menyerahkan surat akuan sumpah untuk diisi.
4. Ketua pengawas dan pembantu akan menerima dan
    menandatangani instrumens daripada SU PBS atau SU PT3.




Thursday, 11 September 2014

SISTEM FAIL PBS EDISI BARU - PEMANTAUAN PENJAMINAN KUALITI

Ada 3 fasa pemantauan oleh Jemaah Nazir

1. Fasa pertama      -   07/09/2014 - 12/09/2014
2. Fasa kedua         -   28/09/2014 - 03/10/2014
3. Fasa ketiga         -   12/10/2014 - 17/10/2014

Hari ini 11/09/2014 adalah fasa pertama, dan sehingga hari ini....
tiada nazir yang singgah di sekolah saya. Semalam, mereka singgah
di sekolah rakan baik saya.

Setakat ini...saya mampu sediakan apa yang ada sahaja. Fail INDUK
PBS dan Komponen PBS

ISI KANDUNGAN FAIL INDUK PBS

1. Surat Pekeliling dan Makluman - dari KPM, LPM, JPN, PPD dan
   Sekolah.
2. Takwim Sekolah dan takwim PBS.
3. Minit Mesyuarat 2013 dan 2014 - saya letakkan sekali laporan
    taklimat dan LADAP
4. Carta Organisasi
5. Maklumat penjaminan kualiti - Borang A hingga borang F.
6. Panduan Pengurusan PBS
7. Bahan Maklumat PBS terkini

***** mempunyai satu fail yang mengasingkan partition pemantauan.
          Kandungan Fail Pemantauan.
         1. Takwim pemantauan.
         2. Borang pemantauan.
         3. Surat peringatan/surat amaran.

ISI KANDUNGAN FAIL INDUK PENTAKSIRAN SEKOLAH 
- komponen PBS
1. Panduan penggunaan modul perekodan - dari LPM
2. Panduan mengisi modul perekodan
3. Contoh modul perekodan.
4. Laporan.

ISI KANDUNGAN FAIL INDUK PT3 - komponen PBS
1. Surat Pekeliling dan Makluman - dari KPM, LPM, JPN, PPD
    dan Sekolah.
2. Takwim PT3
3. Minit Mesyuarat dan Taklimat
4. Partition Kajian Kes - Jawatankuasa pelaksana, jadual waktu
   dan surat lantikan.
5. Partition Ujian Lisan Bertutur/Mendengar - Jawatankuasa pelaksana,
    jadual waktu dan surat lantikan.
6. Partition Ujian Bertulis - Jawatankuasa pelaksana, jadual waktu
    dan surat lantikan.
7. Laporan

***** mempunyai satu fail yang mengasingkan partition surat
          akuan sumpah
          Kandungan Fail Surat Lantikan dan AkuanSumpah
         1. Kajian kes
         2. Ujian Lisan Bertutur/Mendengar
         3. Ujian Bertulis

ISI KANDUNGAN FAIL INDUK SEGAK - komponen PBS
1. CD SEGAK
2. Buku panduan SEGAK
3. Takwim SEGAK
4. Contoh borangSEGAK


ISI KANDUNGAN FAIL INDUK SUKAN DAN KOKURIKULUM
- komponen PBS

ISI KANDUNGAN FAIL INDUK  PSIKOMETRIK - komponen PBS
...nnt saya sambung


 ISU-ISU YANG TIMBUL SEMASA LAWATAN NAZIR.

1. Fahaman guru pada pelaksanaan  PBS
    - guru perlu jelas kewujudan 4 komponen PBS.
    - cara pelaksanaan semua komponen.

2. Hanya ghairah dan fokus dengan PT3
    - PT3 hanya satu komponen, kalau cg ghairah dan fokus dengan 
     PT3,,,,bukanlah sesuatu yang pelik kerana inilah tahun pertama 
      perubahan....budaya peperiksaan masih ada dijiwa masing-masing.
    - LPM juga telah menekankan integriti dalam pelaksanaan PT3....
      so memang macam periksa betul le,

3. Percubaan PT3 kenapa diadakan.
    - saje nak menguji kebolehan murid dan ekoran murid tidak 
       bersungguh-sungguh menjawab soalan.

4. Evidens Murid. (mana)
    - ada,,,,,dalam buku rekod mengajar, dalam buku latihan, dalam 
      lembaran, hasil kerja.
    - jangan jawab TIADA....semua ada cuma sistem fail evidens ajerrr
      yang tak da.

5.  Bukti PBS dalam PdP
    - ok le...kalo nak tuleh evidens.....E1...E2 dan tak da. Kalo nak 
      juge di tuleh....ok le kami tuleh kat Rancangan Harian Bandnya.



Itu antara gosip komen nazir yang didengar, ayat-ayat italic tu...
saya yang jawab....tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati. 
Tuan/Puan Nazir maaf jika ayat saya menguris hati.....kami faham 
dengan tugas tuan/puan....namun saya dah berusaha sedaya upaya 
melaksanakan dasar KPM.