Thursday, 16 May 2013
Monday, 13 May 2013
Kesilapan Memasukkan Prestasi Murid
Baru-baru ini ada berlaku kesilapan memasukkan prestasi murid. Prestasi bagi deskriptor yang belum dipelajari di 'tick' dan 'disimpan' sehinggalah band 5. Saya cuba memohon bantuan Pengetua untuk log in dan membuat kemaskini prestasi. Memadamkan semula 'tick' pada prestasi dan simpan kembali, malangnya prestasi masih wujud.
Akhirnya saya mebatalkan mata pelajaran murid dan mendaftarkan semula, alhamdulillah semua prestasi hilang. Meminta guru tersebut membuat kemasukan prestasi yang dipelajari sahaja dan hanyalah berdasarkan rancangan harian. Kekadang pening, bila masih ada yang tidak faham dengan proses pentaksiran sekolah.
Monday, 22 April 2013
PENTAKSIRAN PUSAT 2014
SALAM SEJAHTERA semua rakan guru,
Hari ini saya mendapat maklumat daripada seorang Guru Cemerlang. Beliau telah dipanggil untuk kursus pemeriksaan Pusat (ganti PMR) bagi tahun 2014 di Pulau Pinang mulai esok. Beliau musykil kerana sehingga kini maklumat yang diketahui umum, Pentaksiran Pusat 2014, ditadbir dan disemak oleh pihak sekolah. Hanya soalan disediakan oleh LPM. Justeru beliau telah menelefon seorang KPB untuk mendapat penjelasan. Maklumat yang diperolehi daripada KPB ialah peperiksaan akan dijalankan seperti PMR bagi mata pelajarn BM, BI, Sains dan Maths.
Wednesday, 10 April 2013
Memilih Pelajar Terbaik PBS untuk Hari Anugerah
Bagi sekolah saya, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik akan diadakan pada bulan Mei ini. Wujudlah persoalan bagi memilih pelajar yang terbaik untuk Tingkatan 1 tahun 2012. Inisiatif lain terpaksa dilakukan supaya pelajar Tingkatan 1 juga menerima penghargaan. Untuk meletakkan kedudukan pelajar mengikut nombor 1, 2 atau 3 agak menyukarkan. Maka diputuskan memilih 3 atau 5 terbaik bagi kelas. Ranking dilihat berdasarkan peratus pencapaian band, dan kemudian purata gred band yang diperolehi. Jika masih terdapat beberapa orang pelajar dalam kedudukan yang sama, mungkin kita boleh memilih beberapa subjek pilihan untuk membezakan kedudukan mereka. Contohnya melihat pencapaian mereka dalam subjek BM atau BI. Ini sahaja jalan yang terbaik boleh digunakan buat masa ini, mungkin ada juga idea yang lebih baik.
Proses pengiraan ada pada menu di sebelah, ia menggunakan excel.
Proses pengiraan ada pada menu di sebelah, ia menggunakan excel.
Monday, 1 April 2013
ONLINE SPPBSM - CARA KEMASUKAN PRESTASI 2013
Daftarkan murid seperti biasa.
Lihat menu
'Kemasukan Prestasi', klik
-'Mengikut Murid'
- 'Mengikut Evidens'
Bagi kemasukan prestasi 'Mengikut Murid'
Klik gambar pensel dan mulakan kemasukan prestasi secara individu. Jangan lupa, rekod transit perlu ada didepan. Proses sama dengan yang lama.
Bagi kemasukan prestasi 'Mengikut Evidens'. Nampak lebih mudah....hi hi hi...
Pilih Band, Deskiptor dan Evidens.
Tick pada murid yang telah menguasai.
Tekan butang simpan.
****JANGAN TERSILAP BULAN YA....JANUARI MASUK JANUARI, FEBUARI MASUK FEBUARI......JANGAN DIPUKAL DALAM BULAN MAC........Tahniah kerana telah membuat Kemasukan Prestasi**********

Tuesday, 19 March 2013
PROSES DAFTAR SEGAK
Login sebagai guru, pilih menu 'Murid' dan daftarkan murid bagi SEGAK dan PAJSK.
Kemudian pilih menu 'Segak' untuk kemasukan prestasi.
Kemudian pilih menu 'Segak' untuk kemasukan prestasi.
INTERNET EXPLORER
*Mohon kerjasama menggunakan Internet Explorer 7.0 hingga 9.0 sahaja semasa melayari SPPBS sementara isu compatibility penggunaan Internet Explorer 10.0 selesai.
Monday, 18 March 2013
BAGAIMANA HALA TUJU/PERSEDIAAN KITA ????????
Menjelang
2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah
sehingga 80
peratus daripada keseluruhan soalan UPSR, 80 peratus dalam pentaksiran pusat
untuk Tingkatan 3.
Selain itu, 75 peratus daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50 peratus dalam soalan mata pelajaran elektif SPM.
Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama, tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu.

Friday, 8 March 2013
HAPUS GURU
Guru-guru yang berpindah ke sekolah lain perlu dihapuskan bagi membolehkan didaftarkan di sekolah baru.
Klik menu 'Guru' dan pilih 'Hapus'
Taip nama guru yang akan dihapuskan, klik butang 'cari'.
Klik butang 'HAPUS'. Selesai.
Klik menu 'Guru' dan pilih 'Hapus'
Taip nama guru yang akan dihapuskan, klik butang 'cari'.
Klik butang 'HAPUS'. Selesai.
Sunday, 17 February 2013
PENTAKSIRAN SEKOLAH
PENYEDIAAN INSTRUMENS
Instrumens amat penting dalam proses pelaksanaan Pentaksiran Sekolah. Sekarang ini terdapat banyak instrumens dikeluarkan oleh penerbit-penerbit buku. Apa yang perlu diteliti ialah konsep asal pelaksanaan PS. Pentaksiran Sekolah adalah dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Proses ini berterusan dalam PdP yang dijalankan. Aktiviti PdP juga adalah berbeza mengikut tahap kecerdasan murid. Justeru itu instrumens yang digunakan juga mestilah sesuai dengan kecerdasan murid. Maka wajarlah diteliti semula penggunaan instrumens dari penerbit-penerbit buku.
Pengorbanan masa dan tenaga bagi penyediaan instrumens tidaklah merugikan, kerana ia akan lebih memudahkan guru dimasa akan datang. Selain itu kita mampu membaiki instrumens agar lebih berkualiti dari semasa ke semasa. Mungkin ia akan membebankan tetapi perancangan awal dan kerjasama sesama guru dapat mengatasi sebarang bebanan tugasan.
Selain itu, guru boleh menggunakan pelbagai instrumens lain seperti buku teks, buku aktiviti/kerja, buku tulis, demonstrasi, kuiz, soal jawab dan sebagainya

Subscribe to:
Posts (Atom)