Wednesday 10 April 2013

Memilih Pelajar Terbaik PBS untuk Hari Anugerah

Bagi sekolah saya, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik akan diadakan pada bulan Mei ini. Wujudlah persoalan bagi memilih pelajar yang terbaik untuk Tingkatan 1 tahun 2012. Inisiatif lain terpaksa dilakukan supaya pelajar Tingkatan 1 juga menerima penghargaan. Untuk meletakkan kedudukan pelajar mengikut nombor 1, 2 atau 3 agak menyukarkan. Maka diputuskan memilih 3 atau 5 terbaik bagi kelas. Ranking dilihat berdasarkan peratus pencapaian band, dan kemudian purata gred band yang diperolehi. Jika masih terdapat beberapa orang pelajar dalam kedudukan yang sama, mungkin kita boleh memilih beberapa subjek pilihan untuk membezakan kedudukan mereka.  Contohnya melihat pencapaian mereka dalam subjek BM atau BI. Ini sahaja jalan yang terbaik boleh digunakan buat masa ini, mungkin ada juga idea yang lebih baik.
      Proses pengiraan ada pada menu di sebelah, ia menggunakan excel.

No comments:

Post a Comment