Monday, 11 November 2013

Jenguk sejenak

Assalamualaikum dan salam sejatera rakan-rakan pengunjung. Sudah berapa hari saya tak pandang pun SPPBSM....keadaan sekarang amat meletihkan. Terlalu ramai pengunjung diblog ini, diharap saya dapat berkongsi sesuatu dengan pengunjung. Empat hari lagi persekolahan yang tinggal....tetapi saya langsung tak merasakan bahang cuti sekolah. Agak sibuk dengan KBAT...maklumlah dah tua....bila kena buat soalan, mulalah terasa berat kepala....letih dan akhirnya down macam server PBS...hi hi hi. Aduss minit mesyuarat pun belum buat.....SELAMAT BERCUTI...TAHNIAH ATAS DEDIKASI SEMUA GURU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS GURU YANG MEMANG MENCABARRRR. Hanya guru, suami guru, isteri guru, jiran guru dan keluarga guru memahami situasi guru.

Saturday, 2 November 2013

Keputusan Yang Tepat

KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.

Monday, 28 October 2013

I N T E G R I T I


28/10/2013 Jam 3.00 am

Lajunya sppbs waktu ni......tu tap tu tap bila nak nengok statistik. Kejap aje semua subjek boleh di tengok. Kalau tidak terpusing pusing macam gasing...kesiannya cikgu.

Sunday, 27 October 2013

Ohhh PBS....integriti.

Puan PBS...Mama PBS...Mak tiri....itulah antara gelaran-gelaran yang saya terima. Tak kisah le....janji kerja kome siap....dan tiada murid yang teraniaya.
Soal integriti amat penting...seorang guru boleh menyusahkan guru lain...dan akhirnya murid mangsanya......
Bermula persekolahan Januari maka bermulalah PBS...tapi ada juga guru yang masih tak mula....dari bulan ke bulan dan akhirnya dia pun berpindah....rekod transit diminta....hanya ya jawapannya....semuanya tiada...
Kelas mangsanya....diambil oleh guru praktikum...membantu mereka sedaya upaya.....asalkan PdP benar dilaksana, rekod benar diuji.....

Bila hati ini benar-benar rasa marah.....memang benarlah orang mengutuk guru ni teruk....memang teruk... tetapi hakikatnya masih ramai guru yang berhempas pulas melaksanakan tenggungjawab mereka dengan penuh integriti. Bekerja dengan penuh setiakawan bukan hanya kepentingan sendiri.

Hati ini benar-benar benci....marah....geram....dengan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ibarat pepatah "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"

Thursday, 24 October 2013

Adusss 24/10/2013 jam 4.06 petang

500


java.lang.NullPointerException
 at jrun.servlet.JRunRequestDispatcher.invoke(JRunRequestDispatcher.java:285)
 at jrun.servlet.ServletEngineService.dispatch(ServletEngineService.java:543)
 at jrun.servlet.jrpp.JRunProxyService.invokeRunnable(JRunProxyService.java:203)
 at jrunx.scheduler.ThreadPool$DownstreamMetrics.invokeRunnable(ThreadPool.java:320)
 at jrunx.scheduler.ThreadPool$ThreadThrottle.invokeRunnable(ThreadPool.java:428)
 at jrunx.scheduler.ThreadPool$UpstreamMetrics.invokeRunnable(ThreadPool.java:266)
 at jrunx.scheduler.WorkerThread.run(WorkerThread.java:66)
 
 
ha ha ha ..... 
 

Friday, 18 October 2013

SPPBS Sekolah Rendah Menengah Teruk



Isu SPPBS pernah Berita Semasa bangkitkan , dan masalah SPPBS ini boleh Berita Semasa samakan isunya dengan kes HRMIS juga. Antaramuka sistem seperti zaman awal tahun 2000. Kadang-kadang sukar untuk diakses. Apabila diajukan pertanyaan kepada JPA, apa jawapan mereka? Rupa-rupanya….
Rupa-rupanya mereka tidak menjangkan kadar peningkatan penjawat awam yang akan menggunakannya? Ha?? Erm…..tepuk dahi dan geleng kepala Berita Semasa mendengar jawapan seperti itu…
Dan keadaan akan menjadi lebih teruk lagi menjelang awal tahun hadapan, lebih tepat lagi apabila menghantar LNPT. Betul atau tidak?



Selanjutnya di http://www.beritaterkini.my/sppbs-2013-sekolah-rendah-menengah#more-49589

Tuesday, 15 October 2013

KEMASUKAN PRESTASI SEHINGGA 1HB DISEMBER 2013


PENGUMUMAN
1. Dimaklumkan bahawa kemasukan prestasi murid ke SPPBS tahun 2013 akan ditutup pada 1 Disember 2013 tanpa pelanjutan tarikh. 
(KP.LP.002.01.01.06.Jld.3(21) Bertarikh 2 Oktober 2013) 

Friday, 4 October 2013

KEMASUKAN PRESTASI SUKAN DAN PERMAINAN

Pilih menu 'Non-Akademik' , 'Sukan'
Klik 'Tahun', 'Tingkatan', 'Kelas' dan 'Cari'
Terpapar layout di bawah dan boleh pilih kemasukan prestasi bagi mana-mana murid.

 Pilih aktivti 'Merentas Desa' dan maklumat lain.

 
 Setelah selesai, klik 'Simpan' dan 'Kembali'
Terpapar menu di bawah.

Proses di atas diulang dengak pilihan aktiviti lain.
Setelah selesai, akan terpapar layout di bawah.
 Berikut adalah hasil dari menu Cetakan
hanya untuk laporan aktiviti merentas desa.
 Maklumat ini boleh dikemaskini, bagi murid di bawah....maklumat merentas desa
perlu dikemaskini kerana beliau telah mewakili sekolah ke peringkat daerah bagi acara
merentas desa bawah 15 tahun.

Terima Kasih Sahabat JAUHARI

Kalian ibarat tali-tali yang membantu aku berdiri.....


Thursday, 3 October 2013

PBSMR

Eksklusif: PBSMR ganti PMR

Noor Azlina Zainudin | azlina.z@bh.com.my Cetak
Kuala Lumpur: Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dimansuhkan tahun depan dijangka digantikan dengan peperiksaan baru dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) yang hanya membabitkan empat subjek teras.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


Hi hi dah keluar punnn.......jenuh menunggunya. Bila baca ajerr tajuk tu... alamak tak sedapnya bunyi. And then senggih ajer le... live must go on....ini le yang saya nantikan....ada 4 subjek pun jadik le....tahun depan tetap berhempas pulas le....sebab subjek Matematik ada. Apa strategi nak digunakan pun deen tak tau le lagi.
      Kalau nak dikata, banyak benda nak dikata, nak dikomen tapi kerja tengah banyak ni....tak nak le berserabut bebeno dah le ...10hb Oktober 2013 ada taklimat penilaian prestasi baru.....
    
 

Monday, 30 September 2013

Instrumens Pemantauan

Alhamdulillah, nasib baik buka blog....kalau idak terlepas date line penghantaran "Instrumens Pemantauan"
Alhamdulillah....selesai sent by email to Haji Mohamed Sapari b. Mohamed Arshad,   Pegawai PBS PPD Hilir Perak.

Aktiviti PBS bagi awal Oktober

Esok adalah 01hb Oktober 2013, beberapa perkara perlu diambilkira....
1. 06 hb Oktober 2013 adalah tarikh akhir bagi pengemaskinian prestasi dalam sistem
    online bagi prestasi hingga September 2013.
2. Guru kelas perlu mengingatkan semua murid untuk memastikan buku kokurikulum
    ada dan telah di 'update'. Buku kokurikulum akan dikutip untuk pengumpulan
    data kokurikulum dan bukti penyertaan.
3. Mengedarkan borang rumusan penyertaan kokurikulum/sukan/merentas desa kepada guru kelas.
4. Guru Kelas boleh mula mengisi penyertaan non-akademik (merentas desa/sukan/
    kokurikulum/ekstrakurikulum)
5. Mengisi borang kes-kes khas bagi pelajar buang sekolah/berhenti/ponteng/band 1 dan band 2.




Friday, 13 September 2013

Jangan Suka Mencari Alasan post by Bundaerna

Ada dua macam manusia di dunia ini : mereka yang mencari alasan dan mereka yang mencari keberhasilan. Orang yang mencari alasan selalu mencari alasan mengapa pekerjaannya tidak selesai, dan orang yang mencari keberhasilan selalu mencari alasan mengapa pekerjaannya dapat diselesaikan. ( Alan Cohen ).
Teman…daripada pikiran kita selalu dipenuhi dengan alasan-alasan, selalu sibuk mencari alasan, kenapa tidak kita ubah menjadi hal yang positif, yaitu memikirkan bagaimana kita bisa berhasil.
Pikiran yang negatif akan mempengaruhi tindakan kita, dan tentunya berpengaruh juga terhadap hasil yang akan kita dapatkan.
Pikiran yang selalu negatif lama kelamaan menjadi habit yang akan susah buat kita untuk merubahnya. Butuh waktu dan tenaga untuk melakukannya.
Pikiran yang positif akan membuat kita selalu mempunyai semangat baru dan seakan tidak pernah habis tenaga kita dalam mencapai keberhasilan

Thursday, 12 September 2013

Luahan dari Facebook

Isu ini dibaca dari facebook.....sedikit sebanyak ade benarnya.....cuba cara kita menyelesaikan kena betul gayer yer..saya copy and paste,
*******************************************************************************
6 tahun sy menjadi Ketua Pentaksir Kebangsaan ... apa yg di luahkan oleh guru ini ada benarnya ...Setiap warga PENDIDIK,PPD,JPN,KPM sampai menteri wajib baca.....Najib pun jangan lupa baca...Sumber: j-QAF batch 2011Luahan hati seorang guru..** Saya ambil daripada wall seorang sahabat.Isu PBS… apa bebannya… senang je kate deme … Mari tengok beban ke tidak …. Untuk memberi lebih gambaran / perkongsian pengalaman dan pemerhatian saya …
Contoh

1. Guru mengajar 24 waktu seminggu, 8 kelas, 1 kelas 36 orang pelajar

2. Selesai menilai 1 evidens bertulis … guru perlu memasukkan evidens ke dalam fail individu 

pelajar setiap kelas (36 pelajar x 8 kelas = 288 fail setiap kali nak masukkan dan keluaran evidens)

3. Waktu memasukkan evidens adalah pada masa waktu luang (free period) cikgu


4. Kelas cikgu2 mengajar 24 waktu (1 waktu = 30-40 minit) kadang2 ditambah waktu ganti 

kelas guru yg tidak hadir menjadikan 28 waktu seminggu

5. Ada ketika cikgu diminta melaksanakan tugas luar (termasuk Sabtu dan Ahad perkara biasa)


6. Kemudian cikgu perlu key in secara online band yang telah dilaksanakan oleh pelajar secara individu (alah … senang saja … cikgu tik saja kata deme…. Haaa…haaa…)


7. Cikgu pun buka lap top … mengajar sessi petang … tiba2 talian internet pulak ditutup konon dah lebih pukul 5 (adusss!!!)


8. Cikgu pakai broadband sendiri …. Berpusing2 (rendering) kekadang sampai 10 minit baru dapat … elok saja nak key in … loceng bunyi … masuk kelas … laksanakan PBS utk kelas berikutnya …


9. Ada pulak pelajar tidak hadir pada hari berkenaan … tidak ada band utk pelajar berkenaan … kerana ada band 1 tidak dilaksanakan … suPBS sekolah dan pengetua panas punggung kerana disergah PPD … cikgu ditekan supaya beri band pada pelajar tersebut dgn ayat “walau apa cara pun cikgu bagi band kat pelajar berkenaan” … mahu x mahu cikgu pun kadangkala gunakan masa luang utk menyelia pelajar berkenaan dan curi masa cikgu lain … maka berebut2 lah cikgu nak ambil pelajar berkenaan utk siapkan PBS … hu..hu… hipokrit … ada juga yg ambil jln mudah tik saja online habis cerita…


10. Cikgu sakit … masuk wad tertekan PBS… bila sihat datang balik sekolah terpaksa kejar masa utk siapkan kerja PBS yg terbengkalai … kelas pulak dibatalkan sebab ada program sekolah seperti raptai sukan, tuan rumah pertandingan dsb.


11. Ada juga kelas PBS termiss sebab kebetulan cuti umum jatuh pada hari yg ada subjek tertentu … problem lagi …


12. SUPBS sekolah pun wujudkanlah keseragaman ‘konon’ utk memudahkan guru2 … beban lagi kalau x buat, dituduh ingkar perintah… kata LPM beri kebebasan pada guru (bila sampai sekolah jadi slogan aja la)


13. Guru perlu menyediakan evidens tidak kurang dari 50 (50 x 8 kelas x 36 pelajar = 14400 evidens) kalau setiap evidens bercetak, katakan sehelai setiap eviden dah ada 14400 helai kertas. Kalau ada 8 subjek (8 x 14400 = 115200 helai kertas … banyak tu). Kalau di Malaysia ada10,066 (10066 x115200 helai kertas = 1158912000 helai kertas) Berapa banyak pokok yg perlu ditebang kerana PBS/ berapa banyak duit perlu dibazirkan. Guru nak buat secara lisan … boleh tapi ada “pihak” nak bukti pulak … ada yg minta gambar aktiviti … kena cetak …heeemmm 2x5 saja.


14. Boss kata pulak “saya x kira … cikgu tidur ke, bangun tengah malam ke … saya nak benda ni siap pada sekian… sekian haribulan” patut ka cakap macam tu … ingan mesin kea pa? mesin pun kena rehat jugak … kalau tidak lingkup! Kos lagi mahal … kalau cikgu “lingkup” apahal?


15. Bila mesyuarat PBS cikgu2 bagi cadangan nak meringankan beban … dicap pembangkang … hantar nama kat PPD minta tukarkan cikgu berkenaan … parasit!


16. Fail individu pelajar sebenarnya boleh diganti dengan fail mengikut subjek … satu kelas ada 8 subjek … baru 8 fail … x perlu fail tebal kerana evidens akan dipulangkan pada pelajar selepas keyin online … jimat masa guru dan pelajar … Boss kata takut pemantau … jawb ja la rasional kat pemantau …. apa masalahnya … yg jadi masalah kalau cikgu x buat PBS …


17. SUPBS sekolah pula nak setiap guru ada fail pentaksir … isinya jadual waktu, biodata guru, evidens, surat lantikan pentaksir, tugas guru dll… (ini semua kerja mengarut … apa guna Buku Persediaan Mengajar lagi kalau dah macam tu … semua maklumat tu dah ada dalam buku tersebut … nak apa lagi … Surat Lantikan Pentaksir pun sebenarnya dah x relevan kerana jadual waktu dah dikira sebagai arahan utk melaksanakan PBS


18. Setelah semua keadaan di atas diambil kira berapa baki waktu luang cikgu untuk buat perancangan / persediaan PBS untuk kelas dan subjek berikutnya … tepuk dada tanya …


19. Cikgu/mereka yg kata PBS ni mudah … x mengajar pun kelas PBS… kadang2 JU yg bagi kursus dan bagi idea yg cukup hebat pun x pernah mengajar kelas PBS pun…


20. Harap pihak Pegawai KPM buka mata dengan tulisan ni …


********************************************************************************
Pandangan dan pendapat peribadi saya...
1. Tidak dinafikan, ada guru yang mempunyai jadual hingga 24 waktu dan ditambah relief jadik 28 waktu.    Ok le....normal sehari 5 waktu, habis kelas pukul 1.20 petang. Kesian cikgu waktu itulah mereka buat    kerja-kerja pekeranian. Kalau ada mesyuarat atau aktiviti lain terpaksa postpone ari lain. Biasanya    strategi kami, jangan suka tangguh keja...cuba cepat-cepat siapkan....balik lewat sekali-sekala bila    dah rasa terbeban.

2. Evidens bertulis....
    Evidens  bertulis ni....macam dolu dolu jugak, latihan lepas pdp, cuma bezanya sekarang dinyata dengan    terperinci. Entah le saya suka memudahkan rakan guru bila mereka bertanya, evidens x semestinya    bercetak....nak guna buku tulis pun tak pa na....Sekali sekala guna helaian sebab tak nak fail jadi kosong.    Berapa item dalam evidens tidak ditetapkan, suka hati cikgu le.......kuasa ditangan kita. Nak senang    semak bagi sikit ajerrr.
    Bukan semua evidens kena masuk dalam fail....letak je yang terkini (ada dinyatakan dalam entri lama)    Kalo ikut slaid JU kena masuk...kena keluar...kena tinggal....gilo namanya. Saya  ajar cikgu masuk yang    terkini ajerr. Himpunkan sebulan, then minta tolong budak masukkan. (2-3 budak jadi le)

3. Online SPPBS.......ye le bukan susah bebeno, tick aje. Biasa saya tolong cikgu yang tak dapek buat,    janji ada rekod transit. Kalo ngajo petang datang le awal pukul 10 pagi, tak da le masalah internet.    Kisah benarnya ari-ari pegang tab/netbook/laptop, line pun laju ajerrr kat sekolah.....tapi prestasi    murid masih Januari.........apa ke hal ni.....panasssss.

4. Fail ikut mata pelajaran ni.....saya no komen le....hi hi hi.

5. Surat Pentaksir.....sori to say....saya tak buat untuk guru, cuma untuk Guru Kanan sebagai Pemantau.    Prinsip saya.....saya berani jawab.

6. Fail guru....letak ajer yang minimum DSP, rekod transit dan instrumens. Nak tambah lagu mana...    dia punya hal le....

7. JU/SU lebih-lebih....sedihnya gua terasa le....walau tak ngajar, sedaya upaya membantu mereka.    FPM pun gua sedia sendiri...tak da menyusahkan guru kelas....blog ni terhasil pun sebab nak    membantu memudahkan rakan guru. Cuma gua begang kalo ada masa sengang diguna melepak    ...lepas tu bila kita kejo....tau marah. Gua bukan kaki ampu, komen dan lawan ?????? gua biasa    ajerrr.

8. Maaf le jika pendapat saya menyakitkan hati sapa-sapa. Anyway buat yang terbaik, yang susah    cuba dipermudahkan.
   





At Pearl International

Gara-gara...boring, so upload aje le apa yang masih tertangguh,


OLE-OLE UNTUK IBU BAPA DAN PENJAGA MURID

Ini adalah booklet yang cuba disampaikan dalam bentuk paling ringkas dan mudah 
untuk difahami oleh ibubapa. Harapan saya, mereka dapat memahami cara
pelaksanaan PBS secara umum. Alhamdulillah respond mereka positif atas penjelasan
yang diberikan. Amin



***Ekstrakurikulum saje...ditinggalkan.

Kemaskini Kemasukan Prestasi Murid Dalam SPPBS

Sekarang dah bulan September, sewajarnya prestasi murid telah dimasukkan sehingga bulan Ogos. SUP perlu membuat semakan dalam Laporan Prestasi mengikut mata pelajaran. Langkah-langkah yang perlu diambil..........
1. Mengingatkan kepada semua guru bahawa prestasi murid perlu up to date....
    (dah diingatkan paling lewat 2 minggu lepas rayo weeei)
2. Mengeluarkan surat kepada Guru Kanan Bidang bagi kelas-kelas yang dalam kritikal...so
    Guru Kanan kena kejo depa.(hi hi hi main kejo kejo pulak dah)
    Contoh ayat yang digunakan....
  
(i)    2 Mutiara (Bacaan) masih belum mencapai band.
(ii)   2 KAA (Bacaan) masih ada 18 orang murid berada di band 2.
(iii)  2 Mestika (Tulisan) terdapat 4 orang murid belum mencapai band.
(iv)  2 Baiduri (Tulisan) terdapat 1 orang belum mencapai band dan 1 orang tiada prestasi.
(v)   2 Mutiara (Tulisan) masih berada di band 2.


    alasan kerana tersenarai, cotohnya 2KAA adalah kelas terpandai mustahil masih
    berada di Band 2.    (bila mereka minta dihujahkan le...)

3. Jika masih berlaku keadaan yang kritikal.....jawabnya surat secara individu pulak le....

4. Idak juga berkesan perkara kat atas tu.....Pengetua pesan "Dialog Prestasi"


     *****jangan le kata saya kejam pulak ya......hi hi hi

Monday, 9 September 2013

Tak boleh simpan prestasi.....online

Haaayaaa....9/9/2013, tak bleh simpan pulak prestasi ....i.e. pun x boleh

Friday, 6 September 2013

KEMASUKAN PRESTASI MURID

Pada waktu ini, sepatutnya 75% pencapaian murid telah dimasukkan ke dalam SPPBSM online. Namun masih terdapat murid yang belum didaftarkan ataupun tiada prestasi. Sekarang menjadi tugas pihak Pentadbir mengenalpasti sejauh mana kemajuan kemasukan prestasi murid.....Senario saya, nak tak nak terpaksa le menyemak satu-satu dan memohon guru berkenaan membuat kemasukan dengan segera,...adussss sudah letih bercakap, tak kan le nak bagi surat saman pulak ,,,.,,..Tabek dengan rakan guru yang penuh dedikasi......walaupun jadik guru kelas, guru APDM, su peperiksaan, pemain PSKPP, su itu, su ini.....namun CEMERLANG.

Saturday, 24 August 2013

SEGAK 2

Semua SUP perlu mengingatkan guru-guru untuk melaksanakan SEGAK 2.

Tuesday, 20 August 2013

SARANA IBUBAPA dan Pemantauan Kemasukan Prestasi PS

24/8/2013 adalah hari persekolahan. Ibubapa dijemput hadir untuk majlis penubuhan KSIB. Taklimat PBS akan diselitkan dalam majlis tersebut.....so sekarang kena buat brosur...ole-ole PBS untuk ibubapa.
SUP PBS pun kena le mula intai-intai kemasukan prestasi Pentaksiran Sekolah....takut ada yang tercicir dan terlena....

Sunday, 18 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin, esok dah mula bekerja...selamat bertugas...

Saturday, 20 July 2013

LAPORAN PBS

Alhamdulillah selesai buat minit mesyuarat dan laporan pbs yang SU Kurikulum minta. Saya buat lagu ni ajerr..
LAPORAN KEMASUKAN PRESTASI PBS SEMUA MATA PELAJARAN
TINGKATAN 1
SMK KHIR JOHARI, 36300 SUNGAI SUMUN.
MP/PRESTASI
BIL PELAJAR TINGKATAN 1 (208 orang pelajar)
ADA PRESTASI
TIADA PRESTASI
TIDAK DIDAFTAR
BMELAYU LISAN
207
1
0
BMELAYU BACAAN
207
1
0
BMELAYU TULISAN
195
13
0
B/INGGERIS LISAN
204
3
1
B/INGGERIS BACAAN
204
3
1
B/INGGERIS TULISAN
204
3
1
SEJARAH
153
54
1
GEOGRAFI
179
28
1
SIVIK
139
69
0
B/ARAB LISAN
28
0
0
B/ARAB BACAAN
28
0
0
B/ARAB TULISAN
28
0
0
B/CINA LISAN
30
0
0
B/CINA TULISAN
30
0
0
B/CINA BACAAN
30
0
0
B/TAMIL LISAN
12
7
0
B/TAMIL BACAAN
12
7
0
B/TAMIL TULISAN
12
7
0
PEND ISLAM
146
0
2
PEND MORAL
59
0
1
MATEMATIK
147
61
2
SAINS
205
1
3
PEND JASMANI & K.
198
2
9
PEND SENI VISUAL
163
17
2
KHB - KT
98
0
2
KHB - ERT
105
0
3
  Terima kasih rakan guru yang berdedikasi. Lepas Raya Aidilfitri ni...
tidak dibenarkan murid tiada prestasi wujud.....yang belum didaftar
kena daftar ASAP.