Sunday, 27 October 2013

Ohhh PBS....integriti.

Puan PBS...Mama PBS...Mak tiri....itulah antara gelaran-gelaran yang saya terima. Tak kisah le....janji kerja kome siap....dan tiada murid yang teraniaya.
Soal integriti amat penting...seorang guru boleh menyusahkan guru lain...dan akhirnya murid mangsanya......
Bermula persekolahan Januari maka bermulalah PBS...tapi ada juga guru yang masih tak mula....dari bulan ke bulan dan akhirnya dia pun berpindah....rekod transit diminta....hanya ya jawapannya....semuanya tiada...
Kelas mangsanya....diambil oleh guru praktikum...membantu mereka sedaya upaya.....asalkan PdP benar dilaksana, rekod benar diuji.....

Bila hati ini benar-benar rasa marah.....memang benarlah orang mengutuk guru ni teruk....memang teruk... tetapi hakikatnya masih ramai guru yang berhempas pulas melaksanakan tenggungjawab mereka dengan penuh integriti. Bekerja dengan penuh setiakawan bukan hanya kepentingan sendiri.

Hati ini benar-benar benci....marah....geram....dengan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ibarat pepatah "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"

No comments:

Post a Comment