Tuesday, 18 November 2014

2015 BAKAL TIBA...INSHA'ALLAH

TUGAS  BARU

2015.....dengan tugasan baru, mungkin akan menyebabkan blog ini tidak akan dikemaskini lagi....mungkin. Saya telah berkhidmat di sekolah ini semenjak 2003....dengan tugasan,
2004                PEN SU PEPERIKSAAN DALAMAN
2005-2009        KETUA PANITIA
2010-2011        SU PMR
2012                SU PMR dan SU PBS
2013-2014        SU PBS
2015                TUGAS BARU

saya harap, sekurang-kurang saya dapat berkongsi ilmu...meluahkan perasaan....jika saya masih terlibat dalam hal-hal berkaitan PBS...insha'Allah saya akan teruskan blog. 

SELAMAT BERCUTI SEMUA.....SEMOGA KITA SEMUA DIANUGERAHI KESIHATAN YANG BAIK DAN MAMPU TERUS BERKHIDMAT......MAAFKAN SAYA JIKA ADA PENULISAN YANG MENGURIS HATI.

Friday, 7 November 2014

TANGGUNGJAWAB SU PBS - CARTA ORGANISASI PBS

TIDAK DINAFIKAN MASIH ADA YANG TIDAK JELAS TENTANG KUASA DAN TANGGUNGJAWAB SU PBS.
(Kepentingan SU PBS adalah selepas G8 atau G9 atau G10 sekolah anda)

                                                                                                      

Kebanyakan sekolah hanya nampak SU PT3, sebenarnya SU PBS lah yang patut memainkan peranan utama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan PBS di sekolah masing-masing. SU PBS tidak boleh mematikan diri dan buat-buat tak tahu........andalah Pengarah/Director yang sebenarnya. Anda boleh memohon kerjasama PK Kokurikulum jika bermasalah dalam PAJSK, PK H.E.M. jika bermasalah dalam PSIKOMETRIK, PK Pentadbiran jika bermasalah dalam PENTAKSIRAN SEKOLAH dan PT3.



Ini adalah sumber Jawatankuasa PBS dr Buku Panduan Pengurusan PBS

Pada tahun 2012, memang le saya ikut macam yang dinyatakan di atas. Saya hairan kenapa Komponen Pentaksiran Pusat (PT3) tidak dimasukkan sekali sedangkan dalam Buku Panduan Pengurusan PBS 2014 dinyatakan pada muka surat 10 diberi carta komponen PBS iaitu dua bahagian utama AKADEMIK (PP dan PT3) BUKAN AKADEMIK (PAJSK dan Psikometrik).

So bagi keseragaman dan kelancaran dalam pengurusan dan penyimpanan dokumen, maka saya telah menggunakan carta komponen PBS itu asas kepada carta organisasi sekolah kami.

PENTAKSIRAN SEKOLAH - MODUL PEREKODAN 2014

Surat arahan penutupan perekodan telah dikeluarkan oleh KPM, iaitu pada 7/11/2014. Saya telah meminta guru-guru menyerahkan modul perekodan ting 3(hard copy) pada tarikh akhir 3/11/2014. Hari ini baru saya semak, guru-guru yang masih gagal membuat hantaran.......masih orang yang sama...... Susah sangat ke...nak ikut arahan.

Hari ini juga saya mengarahkan modul perekodan ting 1 dan 2 mula dihantar. 

Berbalik kepada surat arahan tersebut....cetakan perlu dilakukan hingga 30 November. Tetapi saya rasa amat tidak berpuas hati di sini, jika seorang budak ada 13 mata pelajaran maka ada 13 helai cetakan bagi setiap murid. So, sekolah saya ada 200 pelajar ting 3....maka akan jadi 2600 helai......bayangkan, bayangkan, bayangkan.......

Saya juga turut mushkil dengan menu Pentakasiran Sekolah dalam SPS.....adakah ia akan digunakan kelak......cuba tanya.....cisss maleh le nak tanya......biarkan le....

Tuesday, 4 November 2014

LAPORAN PSIKOMETRIK 2014

Pada 15hb Oktober 2014, ada pegawai PPD melawat ke Bilik Kaunselor. Pegawai tersebut ingin melihat perkembangan pengisian markah psikometrik. Beliau juga mahu melihat contoh cetakan laporan. Kakak kaunselor dah hilangkan contoh.....so beliau bergegas memohon bantuan saya. Dalam keadaan kalut, macam-macam PPD tanya.....so ini ayat yang paling sesuai suruh beliau jawab kepada PPD......sekarang sedang memasukkan markah dalam excel...and then just save....lepas ni macam mana nak buat...pandai-pandai le kami. (sebenarnya kami hanya baca sampai arahan save....seterusnya kami x baca sebab belum nak cetak) kalau Tuan ada apa-apa soalan boleh jumpa dengan puan PBS.  Amin....beliau balik.....hihihi.

Malam semalam baru saya tengok camna nak cetak....akak kauselor tak tahu.....aku pun tak tahu.....tanya my hubby....ooooo guna mail merge. Tq hubby. My hubby memang selalu guna ni untuk taip alamat pada sampul surat.(dia mementingkan kekemasan kerja)

So selesai le problem cetakan psikometrik, alhamdulillah. Tahniah kak Shiken.

Monday, 3 November 2014

CETAKAN PAJSK 2014

ALHAMDULILLAH....semakan melalui admin SPS, pengisian PAJSK telah 100% berjaya. Namun ada 3 orang murid gagal untuk kemasukan markah kerana masalah teknikal SPS,

1. Pelajar A - Murid ini telah didaftarkan sebagai murid Tingkatan 3 namun jenis kelas tidak diisytiharkan (sepatutnya klik kelas umum semasa pendaftaran dalam SPS), maka murid ini tidak dapat dipindahkan kemana-mana kelas tingkatan 3. Esok saya akan cuba daftar murid ini semula menggunakan no. surat beranak kerana pendaftaran baru menggunakan IC tidak boleh. (masalah dapat diselesaikan pada 4/11/2014)

2. Pelajar B - Murid ini telah didaftarkan ke dalam sistem SPS, namun gagal untuk dipindahkan ke kelas. Ralat yang keluar ialah "Tidak dibenarkan dipindahkan ke kelas yang sama"....karut apa....murid ni belum masuk mana-mana kelas pun...esok akan cuba lagi. (masalah dapat diselesaikan pada 4/11/2014)

3. Pelajar C dan D - Untuk markah SEGAK...bila diisi tinggi dan berat....ia tidak diproses....tak tahu kenapa...saya akan cuba lihat maklumat pendaftaran dalam SPS. Seorang lagi markah tidak dapat dipaparkan dan dicetak.


Saya telah memuat turun hasil Cetakan dan menyimpan dalam komputer...so esok hanya memuat turun murid yg bermasalah. Jam 12.06 am....menu PAJSK tidak aktif...alhamdulillah dah muat turun tadi....kalo idak nunggu esok le jam 12.00 pm.