Monday, 28 October 2013

I N T E G R I T I


28/10/2013 Jam 3.00 am

Lajunya sppbs waktu ni......tu tap tu tap bila nak nengok statistik. Kejap aje semua subjek boleh di tengok. Kalau tidak terpusing pusing macam gasing...kesiannya cikgu.

Sunday, 27 October 2013

Ohhh PBS....integriti.

Puan PBS...Mama PBS...Mak tiri....itulah antara gelaran-gelaran yang saya terima. Tak kisah le....janji kerja kome siap....dan tiada murid yang teraniaya.
Soal integriti amat penting...seorang guru boleh menyusahkan guru lain...dan akhirnya murid mangsanya......
Bermula persekolahan Januari maka bermulalah PBS...tapi ada juga guru yang masih tak mula....dari bulan ke bulan dan akhirnya dia pun berpindah....rekod transit diminta....hanya ya jawapannya....semuanya tiada...
Kelas mangsanya....diambil oleh guru praktikum...membantu mereka sedaya upaya.....asalkan PdP benar dilaksana, rekod benar diuji.....

Bila hati ini benar-benar rasa marah.....memang benarlah orang mengutuk guru ni teruk....memang teruk... tetapi hakikatnya masih ramai guru yang berhempas pulas melaksanakan tenggungjawab mereka dengan penuh integriti. Bekerja dengan penuh setiakawan bukan hanya kepentingan sendiri.

Hati ini benar-benar benci....marah....geram....dengan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ibarat pepatah "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"

Thursday, 24 October 2013

Adusss 24/10/2013 jam 4.06 petang

500


java.lang.NullPointerException
 at jrun.servlet.JRunRequestDispatcher.invoke(JRunRequestDispatcher.java:285)
 at jrun.servlet.ServletEngineService.dispatch(ServletEngineService.java:543)
 at jrun.servlet.jrpp.JRunProxyService.invokeRunnable(JRunProxyService.java:203)
 at jrunx.scheduler.ThreadPool$DownstreamMetrics.invokeRunnable(ThreadPool.java:320)
 at jrunx.scheduler.ThreadPool$ThreadThrottle.invokeRunnable(ThreadPool.java:428)
 at jrunx.scheduler.ThreadPool$UpstreamMetrics.invokeRunnable(ThreadPool.java:266)
 at jrunx.scheduler.WorkerThread.run(WorkerThread.java:66)
 
 
ha ha ha ..... 
 

Friday, 18 October 2013

SPPBS Sekolah Rendah Menengah Teruk



Isu SPPBS pernah Berita Semasa bangkitkan , dan masalah SPPBS ini boleh Berita Semasa samakan isunya dengan kes HRMIS juga. Antaramuka sistem seperti zaman awal tahun 2000. Kadang-kadang sukar untuk diakses. Apabila diajukan pertanyaan kepada JPA, apa jawapan mereka? Rupa-rupanya….
Rupa-rupanya mereka tidak menjangkan kadar peningkatan penjawat awam yang akan menggunakannya? Ha?? Erm…..tepuk dahi dan geleng kepala Berita Semasa mendengar jawapan seperti itu…
Dan keadaan akan menjadi lebih teruk lagi menjelang awal tahun hadapan, lebih tepat lagi apabila menghantar LNPT. Betul atau tidak?



Selanjutnya di http://www.beritaterkini.my/sppbs-2013-sekolah-rendah-menengah#more-49589

Tuesday, 15 October 2013

KEMASUKAN PRESTASI SEHINGGA 1HB DISEMBER 2013


PENGUMUMAN
1. Dimaklumkan bahawa kemasukan prestasi murid ke SPPBS tahun 2013 akan ditutup pada 1 Disember 2013 tanpa pelanjutan tarikh. 
(KP.LP.002.01.01.06.Jld.3(21) Bertarikh 2 Oktober 2013) 

Friday, 4 October 2013

KEMASUKAN PRESTASI SUKAN DAN PERMAINAN

Pilih menu 'Non-Akademik' , 'Sukan'
Klik 'Tahun', 'Tingkatan', 'Kelas' dan 'Cari'
Terpapar layout di bawah dan boleh pilih kemasukan prestasi bagi mana-mana murid.

 Pilih aktivti 'Merentas Desa' dan maklumat lain.

 
 Setelah selesai, klik 'Simpan' dan 'Kembali'
Terpapar menu di bawah.

Proses di atas diulang dengak pilihan aktiviti lain.
Setelah selesai, akan terpapar layout di bawah.
 Berikut adalah hasil dari menu Cetakan
hanya untuk laporan aktiviti merentas desa.
 Maklumat ini boleh dikemaskini, bagi murid di bawah....maklumat merentas desa
perlu dikemaskini kerana beliau telah mewakili sekolah ke peringkat daerah bagi acara
merentas desa bawah 15 tahun.

Terima Kasih Sahabat JAUHARI

Kalian ibarat tali-tali yang membantu aku berdiri.....


Thursday, 3 October 2013

PBSMR

Eksklusif: PBSMR ganti PMR

Noor Azlina Zainudin | azlina.z@bh.com.my Cetak
Kuala Lumpur: Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dimansuhkan tahun depan dijangka digantikan dengan peperiksaan baru dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) yang hanya membabitkan empat subjek teras.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


Hi hi dah keluar punnn.......jenuh menunggunya. Bila baca ajerr tajuk tu... alamak tak sedapnya bunyi. And then senggih ajer le... live must go on....ini le yang saya nantikan....ada 4 subjek pun jadik le....tahun depan tetap berhempas pulas le....sebab subjek Matematik ada. Apa strategi nak digunakan pun deen tak tau le lagi.
      Kalau nak dikata, banyak benda nak dikata, nak dikomen tapi kerja tengah banyak ni....tak nak le berserabut bebeno dah le ...10hb Oktober 2013 ada taklimat penilaian prestasi baru.....