ADUHHHHHHHH TENSIONYAAAAAA
aku dah pulun bagi pbs.....ngajo semua topik ASAP....ulangkaji pecahan, persamaan linear, ungkapan algebra, indeks....ngape 3 orang je A....KERTAS 1 PUN ADA BINCANG.....MAKKKKKKK TENSIONNYAAAAAA CAMNA NIIIIIIIIIIII
Friday, 9 May 2014
Saturday, 12 April 2014
BILIK KERJA PBS
Sedia maklum, PBS edisi baru membatalkan FPM, FS so apa le kita nak buat dengan bilik kita ni..... Pikir...pikir....pikir..... wat simpan result softcopy... hardcopy.....le kut.
Tuesday, 1 April 2014
PBS EDISI BARU
Saya label PBS ni Edisi Baru....hari ni dah mula le membaca dan memahami sikit-sikit tentang edisi baru. Antara langkah yang saya ambil,
1. Print out and study segala maklumat yang diperolehi.... failkan maklumat.
2. Meminta semua Ketua Panitia dan guru berkenaan memuat turun PPPM
dari Portal LPM.
3. Melaksanakan LADAP PBS Edisi Baru pada 12/04/2014. Pencaramah
ialah PK Pentadbiran Puan Normah bt Kamaruddin yang secara automatik
semua Pen Kanan ialah Jurulatih Utama PBS Sekolah. Selaku SU PBS
sekolah, saya sekadar membantu mencetak dan mengedarkan semua
bahan yang diberikan oleh LPM.
4. Menyediakan jadual kerja untuk guru-guru Ting 1, Ting 2 dan Ting 3.
Berikut Jadual Kerja setakat ini....sebarang perubahan bergantung dengan
perkara-perkara baru......
Tarikh
|
Perkara
|
1
- 4/4/2014
|
|
12/4/2014
|
Menghadiri
LADAP pada 12/04/2014 di Bilik Mesyuarat
SMK Khir Johari.
|
14/4/2014
hingga
Oktober 2014
|
Mengisi
Rekod Kemasukan Prestasi Murid
(Rujuk Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid)
|
April
2014
|
Menyediakan
soalan PPT (Guru yang berkenaan)
Rujuk Format Kertas Soalan.
|
20/10-7/11/2014
|
Menyediakan
soalan PAT (Guru yang berkenaan)
Rujuk Format Kertas Soalan.
|
Jadual
Kerja Guru Mata Pelajaran T3
|
|
1 – 12/7/2014
|
Kerja
Kursus Pelbagai Instrumen.
|
13
–
24/7/2014
|
Penghantaran
Gred Kerja Kursus (Pelbagai Instrumen) ke LPM.
|
6 – 11/08/2014
|
Ujian
Lisan Bahasa Melayu
|
12
–
15/08/2014
|
Ujian
Lisan Bahasa Inggeris
|
18– 22/08/2014
|
Peperiksaan
Percubaan PT3
|
20
–
24/09/204
|
Penghantaran
Gred Ujian Lisan BM/BI ke LPM
|
12
–
17/10/2014
|
Ujian
Bertulis PT3
|
1 – 8/11/2014
|
Penghantaran
Gred Ujian Bertulis ke LPM
|
1– 8/11/2014
|
Penghantaran
Gred Ujian Bertulis ke LPM
|
Keputusan
PT3 dikeluarkan dalam bentuk gred.
|
Monday, 31 March 2014
PBS Edisi Baru
Malam kedua PBS Edisi Baru diumumkan saya tidak dapat melelapkan mata.....satu perasaan yang tidak dapat digambarkan wujud.... nak kata gembira.....ada juga sedih (mengenang nasib murid, anak...) mungkin saya rasa amat lega... tugas tertangguh, beban tugas guru...sudah terjawab.
Nak dikata puashati....sudah pasti semua ada jawapan berbeza. Namun kita perlu meneruskan tanggungjawab kita seperti biasa... kalau bukan PMR sasaran kita, mungkin SPM ataupun buatlah yang terbaik untuk anak didik kita. InsyaAllah kita tidak akan rasa tertekan....
Sunday, 16 March 2014
Wednesday, 5 March 2014
Dunia Pendidikan
Sebut sahaja dunia pendidikan.....pasti ramai guru amat terasa terbeban. Tidak terkecuali dengan saya.....Namun perjuangan/kehidupan/harapan/perjalanan harus diteruskan. Alhamdulillah, Pengetua saya seorang yang amat bertanggungjawab/bertoleransi..... kesukaran tidak le dirasai sangat.
Isu PBS masih tiada kata putus... langkah yang saya ambil di sekolah hanyalah memohon jasa baik guru meneruskan PBS (dengan ayat.... pandai-pandai cikgu....jangan stress sangat...cuba permudahkan apa yang sukar....namun PdP tetap seperti biasa), rekod transit perlu diteruskan, FS...FPM....kiv.....kalau sapa-sapa memantau....saya berani bertanggujawab (lagak orang yang cukup kecewa.....hihihi macam le bos besar)
Setengah jam yang lalu rakan sekolah ada menghantar sekeping gambar seorang guru baru meninggal dunia....51 tahun. Terasa sangat di hati ini...... Punca jatuh ditangga, disebabkan kelam kabut ada pemantau. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Sedih......... mampukah saya bertahan.............
Perubahan yang diambil pada tahun ini..... sebagai langkah-langkah mengurangkan stress dan bebanan kerja. Antaranya,
1. Tidur selewat-lewatnya pukul 12.00 malam.
2. Manjakan diri dan rehatkan diri sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
3. Balik dari sekolah paling awal jam 3.00 petang
4. Menyemak buku waktu mesyuarat....hihihi.
5. Tidak sama sekali membawa buku latihan murid balik rumah.
6. Jika terlalu banyak kerja tertangguh..... balik lewat hari Jumaat.
Semoga Allah permudahkan urusan saya, suami, anak-anak dan keluarga. Dalam kereta baca Fatihah sedekahkan untuk diri sendiri, suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan rakan yang telah kembali ke rahmatullah.
Tuesday, 4 February 2014
PMR
Hari ini mesyuarat Jawatankuasa Headcount & Peperiksaan.....sesi paling banyak soalan ialah sesi PMR. Saya tidak pergi Taklimat di SM Sains Tapah, biasanya saya amat berminat dengan perkara terkini....tapi kali ini tidak lagi....entah le...rasa kecewa sangat dengan kelemahan pelaksanaan PBS yang amat ketara. So pembantu saya yang mengantikan.....
Masih tidak beminat untuk bercakap tentang PMR....namun saya akan cuba sedaya upaya melengkapkan anak didik saya untuk sebarang kejadian/keadaan( x tau le ayat apa yang sesuai). Setelah 7 tahun saya hanya mengajar 2 kelas terakhir Tingkatan 3, sekarang mengajar 2 kelas terawal....banyak perkara perlu dibuat.
Perkara-perkara baru antaranya ialah pentaksir Daerah....fungsi dan peranan x tau le macam mana rupa sebenarnya. Kalau ini menjadi satu tugas baru... nawaitu saya hanya untuk mendapat ilmu yang boleh bermenafaat kepada anak didik saya. Teruskan perjuangan... 10 tahun lagi boleh pencen awal...hihihi
Friday, 24 January 2014
BERDIAM DIRI BUKAN BERERTI PASRAH
Mendiamkan diri
Bukan berarti
Pasrah
Tapi lebih kepada
Menyadari dan
Menerima bahwa ada
Hal-hal yang tak
Bisa kita selesaikan
Sekadar mematuhi arahan
Walaupun jiwa penuh kehampaan......
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pengunjung, saya sedar mungkin ramai pengunjung tercari-cari "Menu SPPBS" dan hanya terjumpa blog saya....disaat ini menu yang dicari masih dalam penyelenggaraan dan hanya dijanjikan 1hb April barulah boleh beroperasi.
Selamat bekerja ...... walaupun lewat diucapkan....yang pasti semua pasti hampa kerana tugasan yang tertangguh masih gagal dilaksanakan.... termasuklah saya..... hampa... Pasti ramai di luar sana merasakan perasaan yang sama.
Tahun ini adalah tahun pertama saya mula mengajar melibatkan DSP, agak kalut juga sebab terpaksa menyediakan instrumens...... minggu depan mula mengajar Tajuk Bulatan, sekarang terpaksa menyediakan instrumens tajuk seterusnya...Statistik.
Selamat Maju Jaya kepada semua rakan guru.
Monday, 11 November 2013
Jenguk sejenak
Assalamualaikum dan salam sejatera rakan-rakan pengunjung. Sudah berapa hari saya tak pandang pun SPPBSM....keadaan sekarang amat meletihkan. Terlalu ramai pengunjung diblog ini, diharap saya dapat berkongsi sesuatu dengan pengunjung. Empat hari lagi persekolahan yang tinggal....tetapi saya langsung tak merasakan bahang cuti sekolah. Agak sibuk dengan KBAT...maklumlah dah tua....bila kena buat soalan, mulalah terasa berat kepala....letih dan akhirnya down macam server PBS...hi hi hi. Aduss minit mesyuarat pun belum buat.....SELAMAT BERCUTI...TAHNIAH ATAS DEDIKASI SEMUA GURU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS GURU YANG MEMANG MENCABARRRR. Hanya guru, suami guru, isteri guru, jiran guru dan keluarga guru memahami situasi guru.
Saturday, 2 November 2013
Keputusan Yang Tepat
KPM
mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan
itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik)
serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun
2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan
dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013
yang masih belum selesai.
Subscribe to:
Posts (Atom)



