Monday, 31 March 2014

PBS Edisi Baru

Malam kedua PBS Edisi Baru diumumkan saya tidak dapat melelapkan mata.....satu perasaan yang tidak dapat digambarkan wujud.... nak kata gembira.....ada juga sedih (mengenang nasib murid, anak...) mungkin saya rasa amat lega... tugas tertangguh, beban tugas guru...sudah terjawab.

Nak dikata puashati....sudah pasti semua ada jawapan berbeza. Namun kita perlu meneruskan tanggungjawab kita seperti biasa... kalau bukan PMR sasaran kita, mungkin SPM ataupun buatlah yang terbaik untuk anak didik kita. InsyaAllah kita tidak akan rasa tertekan....


Sunday, 16 March 2014

PBS baru guru boleh 'offline'


Kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
pada Selasa depan.

Wednesday, 5 March 2014

Dunia Pendidikan

Sebut sahaja dunia pendidikan.....pasti ramai guru amat terasa terbeban. Tidak terkecuali dengan saya.....Namun perjuangan/kehidupan/harapan/perjalanan harus diteruskan. Alhamdulillah, Pengetua saya seorang yang amat bertanggungjawab/bertoleransi..... kesukaran tidak le dirasai sangat.

        Isu PBS masih tiada kata putus... langkah yang saya ambil di sekolah hanyalah memohon jasa baik guru meneruskan PBS (dengan ayat.... pandai-pandai cikgu....jangan stress sangat...cuba permudahkan apa yang sukar....namun PdP  tetap seperti biasa), rekod transit perlu diteruskan,  FS...FPM....kiv.....kalau sapa-sapa memantau....saya berani bertanggujawab (lagak orang yang cukup kecewa.....hihihi macam le bos besar)

             Setengah jam yang lalu rakan sekolah ada menghantar sekeping gambar seorang guru baru meninggal dunia....51 tahun. Terasa sangat di hati ini...... Punca jatuh ditangga, disebabkan kelam kabut ada pemantau. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Sedih......... mampukah saya bertahan.............

Perubahan yang diambil pada tahun ini..... sebagai langkah-langkah mengurangkan stress dan bebanan kerja. Antaranya,
1. Tidur selewat-lewatnya pukul 12.00 malam.
2. Manjakan diri dan rehatkan diri sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
3. Balik dari sekolah paling awal jam 3.00 petang
4. Menyemak buku waktu mesyuarat....hihihi.
5. Tidak sama sekali membawa buku latihan  murid balik rumah.
6. Jika terlalu banyak kerja tertangguh..... balik lewat hari Jumaat.

Semoga Allah permudahkan urusan saya, suami, anak-anak dan keluarga. Dalam kereta baca Fatihah sedekahkan untuk diri sendiri, suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan rakan yang telah kembali ke rahmatullah. 






          

Tuesday, 4 February 2014

PMR

Hari ini mesyuarat Jawatankuasa Headcount & Peperiksaan.....sesi paling banyak soalan ialah sesi PMR. Saya tidak pergi Taklimat di SM Sains Tapah, biasanya saya amat berminat dengan perkara terkini....tapi kali ini tidak lagi....entah le...rasa kecewa sangat dengan kelemahan pelaksanaan PBS yang amat ketara. So pembantu saya yang mengantikan.....
     Masih tidak beminat untuk bercakap tentang PMR....namun saya akan cuba sedaya upaya melengkapkan anak didik saya untuk sebarang kejadian/keadaan( x tau le ayat apa yang sesuai). Setelah 7 tahun saya hanya mengajar 2 kelas terakhir Tingkatan 3, sekarang mengajar 2 kelas terawal....banyak perkara perlu dibuat.
        Perkara-perkara baru antaranya ialah pentaksir Daerah....fungsi dan peranan x tau le macam mana rupa sebenarnya. Kalau ini menjadi satu tugas baru... nawaitu saya hanya untuk mendapat ilmu yang boleh bermenafaat kepada anak didik saya. Teruskan perjuangan... 10 tahun lagi boleh pencen awal...hihihi

Friday, 24 January 2014

BERDIAM DIRI BUKAN BERERTI PASRAH

Mendiamkan diri
Bukan berarti
Pasrah
Tapi lebih kepada
Menyadari dan
Menerima bahwa ada
Hal-hal yang tak 
Bisa kita selesaikan
Sekadar mematuhi arahan
Walaupun jiwa penuh kehampaan......

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pengunjung, saya sedar mungkin ramai pengunjung tercari-cari "Menu SPPBS" dan hanya terjumpa blog saya....disaat ini menu yang dicari masih dalam penyelenggaraan dan hanya dijanjikan 1hb April barulah boleh beroperasi.

    Selamat bekerja ...... walaupun lewat diucapkan....yang pasti semua pasti hampa kerana tugasan yang tertangguh masih gagal dilaksanakan.... termasuklah saya..... hampa... Pasti ramai di luar sana merasakan perasaan yang sama.

     Tahun ini adalah tahun pertama saya mula mengajar melibatkan DSP, agak kalut juga sebab terpaksa menyediakan instrumens...... minggu depan mula mengajar Tajuk Bulatan, sekarang terpaksa menyediakan instrumens tajuk seterusnya...Statistik.

     Selamat Maju Jaya kepada semua rakan guru.



Monday, 11 November 2013

Jenguk sejenak

Assalamualaikum dan salam sejatera rakan-rakan pengunjung. Sudah berapa hari saya tak pandang pun SPPBSM....keadaan sekarang amat meletihkan. Terlalu ramai pengunjung diblog ini, diharap saya dapat berkongsi sesuatu dengan pengunjung. Empat hari lagi persekolahan yang tinggal....tetapi saya langsung tak merasakan bahang cuti sekolah. Agak sibuk dengan KBAT...maklumlah dah tua....bila kena buat soalan, mulalah terasa berat kepala....letih dan akhirnya down macam server PBS...hi hi hi. Aduss minit mesyuarat pun belum buat.....SELAMAT BERCUTI...TAHNIAH ATAS DEDIKASI SEMUA GURU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS GURU YANG MEMANG MENCABARRRR. Hanya guru, suami guru, isteri guru, jiran guru dan keluarga guru memahami situasi guru.

Saturday, 2 November 2013

Keputusan Yang Tepat

KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.

Monday, 28 October 2013

I N T E G R I T I


28/10/2013 Jam 3.00 am

Lajunya sppbs waktu ni......tu tap tu tap bila nak nengok statistik. Kejap aje semua subjek boleh di tengok. Kalau tidak terpusing pusing macam gasing...kesiannya cikgu.

Sunday, 27 October 2013

Ohhh PBS....integriti.

Puan PBS...Mama PBS...Mak tiri....itulah antara gelaran-gelaran yang saya terima. Tak kisah le....janji kerja kome siap....dan tiada murid yang teraniaya.
Soal integriti amat penting...seorang guru boleh menyusahkan guru lain...dan akhirnya murid mangsanya......
Bermula persekolahan Januari maka bermulalah PBS...tapi ada juga guru yang masih tak mula....dari bulan ke bulan dan akhirnya dia pun berpindah....rekod transit diminta....hanya ya jawapannya....semuanya tiada...
Kelas mangsanya....diambil oleh guru praktikum...membantu mereka sedaya upaya.....asalkan PdP benar dilaksana, rekod benar diuji.....

Bila hati ini benar-benar rasa marah.....memang benarlah orang mengutuk guru ni teruk....memang teruk... tetapi hakikatnya masih ramai guru yang berhempas pulas melaksanakan tenggungjawab mereka dengan penuh integriti. Bekerja dengan penuh setiakawan bukan hanya kepentingan sendiri.

Hati ini benar-benar benci....marah....geram....dengan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ibarat pepatah "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"