Friday, 24 January 2014

BERDIAM DIRI BUKAN BERERTI PASRAH

Mendiamkan diri
Bukan berarti
Pasrah
Tapi lebih kepada
Menyadari dan
Menerima bahwa ada
Hal-hal yang tak 
Bisa kita selesaikan
Sekadar mematuhi arahan
Walaupun jiwa penuh kehampaan......

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pengunjung, saya sedar mungkin ramai pengunjung tercari-cari "Menu SPPBS" dan hanya terjumpa blog saya....disaat ini menu yang dicari masih dalam penyelenggaraan dan hanya dijanjikan 1hb April barulah boleh beroperasi.

    Selamat bekerja ...... walaupun lewat diucapkan....yang pasti semua pasti hampa kerana tugasan yang tertangguh masih gagal dilaksanakan.... termasuklah saya..... hampa... Pasti ramai di luar sana merasakan perasaan yang sama.

     Tahun ini adalah tahun pertama saya mula mengajar melibatkan DSP, agak kalut juga sebab terpaksa menyediakan instrumens...... minggu depan mula mengajar Tajuk Bulatan, sekarang terpaksa menyediakan instrumens tajuk seterusnya...Statistik.

     Selamat Maju Jaya kepada semua rakan guru.



Monday, 11 November 2013

Jenguk sejenak

Assalamualaikum dan salam sejatera rakan-rakan pengunjung. Sudah berapa hari saya tak pandang pun SPPBSM....keadaan sekarang amat meletihkan. Terlalu ramai pengunjung diblog ini, diharap saya dapat berkongsi sesuatu dengan pengunjung. Empat hari lagi persekolahan yang tinggal....tetapi saya langsung tak merasakan bahang cuti sekolah. Agak sibuk dengan KBAT...maklumlah dah tua....bila kena buat soalan, mulalah terasa berat kepala....letih dan akhirnya down macam server PBS...hi hi hi. Aduss minit mesyuarat pun belum buat.....SELAMAT BERCUTI...TAHNIAH ATAS DEDIKASI SEMUA GURU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS GURU YANG MEMANG MENCABARRRR. Hanya guru, suami guru, isteri guru, jiran guru dan keluarga guru memahami situasi guru.

Saturday, 2 November 2013

Keputusan Yang Tepat

KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.

Monday, 28 October 2013

I N T E G R I T I


28/10/2013 Jam 3.00 am

Lajunya sppbs waktu ni......tu tap tu tap bila nak nengok statistik. Kejap aje semua subjek boleh di tengok. Kalau tidak terpusing pusing macam gasing...kesiannya cikgu.

Sunday, 27 October 2013

Ohhh PBS....integriti.

Puan PBS...Mama PBS...Mak tiri....itulah antara gelaran-gelaran yang saya terima. Tak kisah le....janji kerja kome siap....dan tiada murid yang teraniaya.
Soal integriti amat penting...seorang guru boleh menyusahkan guru lain...dan akhirnya murid mangsanya......
Bermula persekolahan Januari maka bermulalah PBS...tapi ada juga guru yang masih tak mula....dari bulan ke bulan dan akhirnya dia pun berpindah....rekod transit diminta....hanya ya jawapannya....semuanya tiada...
Kelas mangsanya....diambil oleh guru praktikum...membantu mereka sedaya upaya.....asalkan PdP benar dilaksana, rekod benar diuji.....

Bila hati ini benar-benar rasa marah.....memang benarlah orang mengutuk guru ni teruk....memang teruk... tetapi hakikatnya masih ramai guru yang berhempas pulas melaksanakan tenggungjawab mereka dengan penuh integriti. Bekerja dengan penuh setiakawan bukan hanya kepentingan sendiri.

Hati ini benar-benar benci....marah....geram....dengan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ibarat pepatah "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"

Thursday, 24 October 2013

Adusss 24/10/2013 jam 4.06 petang

500


java.lang.NullPointerException
 at jrun.servlet.JRunRequestDispatcher.invoke(JRunRequestDispatcher.java:285)
 at jrun.servlet.ServletEngineService.dispatch(ServletEngineService.java:543)
 at jrun.servlet.jrpp.JRunProxyService.invokeRunnable(JRunProxyService.java:203)
 at jrunx.scheduler.ThreadPool$DownstreamMetrics.invokeRunnable(ThreadPool.java:320)
 at jrunx.scheduler.ThreadPool$ThreadThrottle.invokeRunnable(ThreadPool.java:428)
 at jrunx.scheduler.ThreadPool$UpstreamMetrics.invokeRunnable(ThreadPool.java:266)
 at jrunx.scheduler.WorkerThread.run(WorkerThread.java:66)
 
 
ha ha ha ..... 
 

Friday, 18 October 2013

SPPBS Sekolah Rendah Menengah Teruk



Isu SPPBS pernah Berita Semasa bangkitkan , dan masalah SPPBS ini boleh Berita Semasa samakan isunya dengan kes HRMIS juga. Antaramuka sistem seperti zaman awal tahun 2000. Kadang-kadang sukar untuk diakses. Apabila diajukan pertanyaan kepada JPA, apa jawapan mereka? Rupa-rupanya….
Rupa-rupanya mereka tidak menjangkan kadar peningkatan penjawat awam yang akan menggunakannya? Ha?? Erm…..tepuk dahi dan geleng kepala Berita Semasa mendengar jawapan seperti itu…
Dan keadaan akan menjadi lebih teruk lagi menjelang awal tahun hadapan, lebih tepat lagi apabila menghantar LNPT. Betul atau tidak?



Selanjutnya di http://www.beritaterkini.my/sppbs-2013-sekolah-rendah-menengah#more-49589

Tuesday, 15 October 2013

KEMASUKAN PRESTASI SEHINGGA 1HB DISEMBER 2013


PENGUMUMAN
1. Dimaklumkan bahawa kemasukan prestasi murid ke SPPBS tahun 2013 akan ditutup pada 1 Disember 2013 tanpa pelanjutan tarikh. 
(KP.LP.002.01.01.06.Jld.3(21) Bertarikh 2 Oktober 2013)