Monday, 1 July 2013
Wednesday, 26 June 2013
Contoh Fail Showcase & Fail Perkembangan Murid
Dalam situasi sebagai SUP yang tidak mengajar mata pelajaran PBS, dan tidak pernah menghadiri mana-mana kursus penataraan. Saya terpaksa merangkak perlahan-lahan, memahami semua perkara dan menyediakan semua item yang diperlukan. Sedaya upaya memudahkan dan membantu rakan guru lain. Komitmen dan kerjasama daripada rakan guru amat saya hargai, dengan beban tugas yang semakin mencabar.
Ini adalah Fail Showcase (just simple...)
Salah satu partition dalam Fail Showcase
Evidens terbaik murid
Pemantauan oleh Tuan Pengetua
Ini pula adalah Fail Perkembangan Murid
Terima kasih semua...
PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Instrumens penjaminan kualiti PBS perlu diisi dan dihantar(soft copy) melalui email ke JPN dan PPD, 2 kali setahun. Bagi memastikan pemantauan sekolah selari dengan beberapa item dalam instrumen, saya telah menyediakan jadual pemantauan dan borang pemantauan. Rujuk menu sebelah.
Thursday, 20 June 2013
Bilik PBS JAUHARI
Ini sahaja yang mampu disediakan buat masa ini.....belum mula upgrade lagi.
Meja disediakan untuk proses menyimpan evidens.
Fail Perkembangan Murid mengikut kelas.
Fail Showcase mengikut kelas, alhamdulillah 90% ada evidens.
Thanxs to all my beloved friends....rajin uols.
Fail segak bagi menyimpan rekod segak. Guru PJ letak rekod di sini,
manakala guru kelas key-in rekod...
Thursday, 16 May 2013
Monday, 13 May 2013
Kesilapan Memasukkan Prestasi Murid
Baru-baru ini ada berlaku kesilapan memasukkan prestasi murid. Prestasi bagi deskriptor yang belum dipelajari di 'tick' dan 'disimpan' sehinggalah band 5. Saya cuba memohon bantuan Pengetua untuk log in dan membuat kemaskini prestasi. Memadamkan semula 'tick' pada prestasi dan simpan kembali, malangnya prestasi masih wujud.
Akhirnya saya mebatalkan mata pelajaran murid dan mendaftarkan semula, alhamdulillah semua prestasi hilang. Meminta guru tersebut membuat kemasukan prestasi yang dipelajari sahaja dan hanyalah berdasarkan rancangan harian. Kekadang pening, bila masih ada yang tidak faham dengan proses pentaksiran sekolah.
Monday, 22 April 2013
PENTAKSIRAN PUSAT 2014
SALAM SEJAHTERA semua rakan guru,
Hari ini saya mendapat maklumat daripada seorang Guru Cemerlang. Beliau telah dipanggil untuk kursus pemeriksaan Pusat (ganti PMR) bagi tahun 2014 di Pulau Pinang mulai esok. Beliau musykil kerana sehingga kini maklumat yang diketahui umum, Pentaksiran Pusat 2014, ditadbir dan disemak oleh pihak sekolah. Hanya soalan disediakan oleh LPM. Justeru beliau telah menelefon seorang KPB untuk mendapat penjelasan. Maklumat yang diperolehi daripada KPB ialah peperiksaan akan dijalankan seperti PMR bagi mata pelajarn BM, BI, Sains dan Maths.
Wednesday, 10 April 2013
Memilih Pelajar Terbaik PBS untuk Hari Anugerah
Bagi sekolah saya, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik akan diadakan pada bulan Mei ini. Wujudlah persoalan bagi memilih pelajar yang terbaik untuk Tingkatan 1 tahun 2012. Inisiatif lain terpaksa dilakukan supaya pelajar Tingkatan 1 juga menerima penghargaan. Untuk meletakkan kedudukan pelajar mengikut nombor 1, 2 atau 3 agak menyukarkan. Maka diputuskan memilih 3 atau 5 terbaik bagi kelas. Ranking dilihat berdasarkan peratus pencapaian band, dan kemudian purata gred band yang diperolehi. Jika masih terdapat beberapa orang pelajar dalam kedudukan yang sama, mungkin kita boleh memilih beberapa subjek pilihan untuk membezakan kedudukan mereka. Contohnya melihat pencapaian mereka dalam subjek BM atau BI. Ini sahaja jalan yang terbaik boleh digunakan buat masa ini, mungkin ada juga idea yang lebih baik.
Proses pengiraan ada pada menu di sebelah, ia menggunakan excel.
Proses pengiraan ada pada menu di sebelah, ia menggunakan excel.
Monday, 1 April 2013
ONLINE SPPBSM - CARA KEMASUKAN PRESTASI 2013
Daftarkan murid seperti biasa.
Lihat menu
'Kemasukan Prestasi', klik
-'Mengikut Murid'
- 'Mengikut Evidens'
Bagi kemasukan prestasi 'Mengikut Murid'
Klik gambar pensel dan mulakan kemasukan prestasi secara individu. Jangan lupa, rekod transit perlu ada didepan. Proses sama dengan yang lama.
Bagi kemasukan prestasi 'Mengikut Evidens'. Nampak lebih mudah....hi hi hi...
Pilih Band, Deskiptor dan Evidens.
Tick pada murid yang telah menguasai.
Tekan butang simpan.
****JANGAN TERSILAP BULAN YA....JANUARI MASUK JANUARI, FEBUARI MASUK FEBUARI......JANGAN DIPUKAL DALAM BULAN MAC........Tahniah kerana telah membuat Kemasukan Prestasi**********
Lihat menu
'Kemasukan Prestasi', klik
-'Mengikut Murid'
- 'Mengikut Evidens'
Bagi kemasukan prestasi 'Mengikut Murid'
Klik gambar pensel dan mulakan kemasukan prestasi secara individu. Jangan lupa, rekod transit perlu ada didepan. Proses sama dengan yang lama.
Bagi kemasukan prestasi 'Mengikut Evidens'. Nampak lebih mudah....hi hi hi...
Pilih Band, Deskiptor dan Evidens.
Tick pada murid yang telah menguasai.
Tekan butang simpan.
****JANGAN TERSILAP BULAN YA....JANUARI MASUK JANUARI, FEBUARI MASUK FEBUARI......JANGAN DIPUKAL DALAM BULAN MAC........Tahniah kerana telah membuat Kemasukan Prestasi**********
Subscribe to:
Posts (Atom)

















