Monday 7 July 2014

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

Saya agak perlahan meneruskan langkah-langkah persedian PT3. Terus terang saya baru bermula melaksanakan tugas-tugas mulai Jun. Sebagi SU PBS saya perlu membantu SU PT3, melaksanakan tugas demi tugas. Nak kata gila kuasa bukanlah, cuma demi kelancaran semua perkara.

Taklimat di Tapah saya enggan hadir, may be fed up.....tapi taklimat PT3 di Kampar, sukarela saya hadir.

Pada waktu ini, semua pendaftaran calon PT3 telah selesai dan saya mula menjanlankan tugas sebagai PKw. Realitinya, saya mahu maklumat atau ilmu bagi murid saya. 

Berikut dilampirkan perincian tugas-tugas SU PBS dan SU PT3.

TUGAS SU PBS


1.
PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)
1.1   Memastikan semua guru Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 memuat turun PPPM.
1.2   Memastikan semua guru Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 mengisi modul perekodan.
1.3   Mencetak pelaporan setiap murid pada 15/11 hingga 15/12.

2.
PT3
2.1 Membantu pelaksanaan PT3 mengikut jadual yang ditetapkan.
2.2 SUP PT3 mencetak pelaporan murid pada 15/11 hingga 15/12.

3.
PAJSK
3.1 Memastikan semua guru Pendidikan Jasmani mengisi rekod SEGAK Penggal 1 & 2.
3.2 Semua guru kelas  mengisi rekod penyertaan murid dalam rekod kokurikulum.
3.3 Mencetak pelaporan SEGAK dan kokurikulum.

4.
PPSi
4.1 Memastikan pelaksanaan PPSi oleh guru kaunselor.
4.2 Guru kaunselor mencetak pelaporan.

5.
PELAPORAN PBS
5.1 Memastikan pelaporan PS, PT3, PAJSK dan PPSi dicetak dan diserhkan kepada murid mulai 15/11 hingga 15/12.


TUGAS SU PT3



1.
1.1 Menyediakan dan mengedarkan surat makluman Jadual  pelaksanaan PT3 kepada ibu bapa.
1.2 Mengadakan taklimat tentang PT3 kepada ibu bapa dan murid.

2.
PENDAFTARAN CALON PT3
2.1 SUP dan Guru Kelas mengutip salinan Kad Pengenalan murid.
2.2 SUP mendaftarkan calon.
2.3 SUP menjana calon kali pertama.
2.4 SUP menyerahkan kepada guru kelas slip pentaksiran dan membuat semakan.
2.5 SUP dan guru kelas pembetulan maklumat calon.
2.6 SUP menjana calon untuk kali kedua dan menghantar pendaftaran calon atas talian.
2.7 SUP mencetak pendaftaran dan difailkan.

3.
KAJIAN KES SEJARAH & GEOGRAFI
3.1 Taklimat/LADAP kepada semua guru Sejarah dan Geografi  oleh Ketua Panitia.
3.2 Taklimat kepada semua murid Tingkatan 3.
3.3 Pelaksanaan Kajian Kes oleh semua calon.
3.4 Pemarkahan skrip oleh guru mata pelajaran.
3.5 Guru mata pelajaran menyerahkan skrip yang telah disemak kepada Ketua Panitia untuk dimoderasi pemeriksaan dan diverifikasi skor.
3.6. Ketua Panitia menyerahkan skrip kepada Pentaksir Kawasan untuk dimoderasi pemeriksaan dan diverifikasi skor.
3.7 Guru mata pelajaran membuat kemasukan markah.

4.
UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS
UJIAN LISAN – BERTUTUR BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS
4.1 SUP memuat turun soalan dari portal Lembaga Peperiksaan/menerima CD daripada Pen. Kanan Pentadbiran.
4.2 Taklimat kepada semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
4.3 SUP menyediakan Jadual Ujian.
4.4 SUP dan guru mata pelajaran menyediakan tempat ujian.
4.5 Guru mata pelajaran menyerahkan skrip yang telah disemak kepada Ketua Panitia untuk dimoderasi pemeriksaan dan diverifikasi skor.
4.6 Ketua Panitia menyerahkan skrip kepada Pentaksir Kawasan untuk dimoderasi pemeriksaan dan diverifikasi skor.
4.7 Guru mata pelajaran membuat kemasukan markah.

5.
UJIAN BERTULIS
5.1 Perlantikan Ketua Pengawas dan Pengawas PT3 oleh Tuan Pengetua.
5.2 SUP menyediakan Jadual Ujian Bertulis dan menyerahkan kepada guru kelas untuk diedarkan kepada ibu bapa dan murid.
5.3 Taklimat kepada semua guru mata pelajaran ujian bertulis.
5.4 Pemasangan item oleh guru mata pelajaran yang dilantik oleh Tuan Pengetua.
5.5 Verifikasi pemasangan item oleh Ketua Panitia.
5.6 Verifikasi pemasangan item oleh Pentaksir Kawasan.
5.7 Verifikasi pemasangan item oleh Tuan Pengetua.
5.8 Instrumen dicetak dan disimpan di tempat yang selamat.
5.9 SUP dan guru kelas menyediakan dewan ujian bertulis.
5.10 Calon menjawab ujian bertulis.

5.11 SUP memuat turun skema pemarkahan dan menyerahkan kepada ketua panitia.
5.12 Guru mata pelajaran membuat semakan dan ketua panitia membuat moderasi serta verifikasi.
5.13 Pentaksir Kawasan membuat moderasi dan verifikasi skrip sebanyak 10% daripada jumlah murid.
5.14 Guru mata pelajaran menyimpan markah secara manual dan menyerahkan skrip kepada murid untuk semakan dan pembetulan.
5.15 Guru mata pelajaran membuat kemasukan markah atas talian.

6.
CETAKAN PELAPORAN
6.1 SUP akan mencetak pelaporan PT3 pada 15/11 hingga 15/12.