Monday 11 November 2013

Jenguk sejenak

Assalamualaikum dan salam sejatera rakan-rakan pengunjung. Sudah berapa hari saya tak pandang pun SPPBSM....keadaan sekarang amat meletihkan. Terlalu ramai pengunjung diblog ini, diharap saya dapat berkongsi sesuatu dengan pengunjung. Empat hari lagi persekolahan yang tinggal....tetapi saya langsung tak merasakan bahang cuti sekolah. Agak sibuk dengan KBAT...maklumlah dah tua....bila kena buat soalan, mulalah terasa berat kepala....letih dan akhirnya down macam server PBS...hi hi hi. Aduss minit mesyuarat pun belum buat.....SELAMAT BERCUTI...TAHNIAH ATAS DEDIKASI SEMUA GURU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS GURU YANG MEMANG MENCABARRRR. Hanya guru, suami guru, isteri guru, jiran guru dan keluarga guru memahami situasi guru.

Saturday 2 November 2013

Keputusan Yang Tepat

KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.