Monday 22 April 2013

PENTAKSIRAN PUSAT 2014

SALAM SEJAHTERA semua rakan guru,
Hari ini saya mendapat maklumat daripada seorang Guru Cemerlang. Beliau telah dipanggil untuk kursus pemeriksaan Pusat (ganti PMR) bagi tahun 2014 di Pulau Pinang mulai esok. Beliau musykil kerana sehingga kini maklumat yang diketahui umum, Pentaksiran Pusat 2014, ditadbir dan disemak oleh pihak sekolah. Hanya soalan disediakan oleh LPM. Justeru beliau telah menelefon seorang KPB untuk mendapat penjelasan. Maklumat yang diperolehi daripada KPB ialah peperiksaan akan dijalankan seperti PMR bagi mata pelajarn BM, BI, Sains dan Maths.

Wednesday 10 April 2013

Memilih Pelajar Terbaik PBS untuk Hari Anugerah

Bagi sekolah saya, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik akan diadakan pada bulan Mei ini. Wujudlah persoalan bagi memilih pelajar yang terbaik untuk Tingkatan 1 tahun 2012. Inisiatif lain terpaksa dilakukan supaya pelajar Tingkatan 1 juga menerima penghargaan. Untuk meletakkan kedudukan pelajar mengikut nombor 1, 2 atau 3 agak menyukarkan. Maka diputuskan memilih 3 atau 5 terbaik bagi kelas. Ranking dilihat berdasarkan peratus pencapaian band, dan kemudian purata gred band yang diperolehi. Jika masih terdapat beberapa orang pelajar dalam kedudukan yang sama, mungkin kita boleh memilih beberapa subjek pilihan untuk membezakan kedudukan mereka.  Contohnya melihat pencapaian mereka dalam subjek BM atau BI. Ini sahaja jalan yang terbaik boleh digunakan buat masa ini, mungkin ada juga idea yang lebih baik.
      Proses pengiraan ada pada menu di sebelah, ia menggunakan excel.

Monday 1 April 2013

ONLINE SPPBSM - CARA KEMASUKAN PRESTASI 2013

Daftarkan murid seperti biasa.
Lihat menu
'Kemasukan Prestasi', klik
-'Mengikut Murid'
- 'Mengikut Evidens'

Bagi kemasukan prestasi 'Mengikut Murid'

 Klik gambar pensel dan mulakan kemasukan prestasi secara individu. Jangan lupa, rekod transit perlu ada didepan. Proses sama dengan yang lama.

 Bagi kemasukan prestasi 'Mengikut Evidens'. Nampak lebih mudah....hi hi hi...
 Pilih Band, Deskiptor dan Evidens.
 Tick pada murid yang telah menguasai.

 Tekan butang simpan.


****JANGAN TERSILAP BULAN YA....JANUARI MASUK JANUARI, FEBUARI MASUK FEBUARI......JANGAN DIPUKAL DALAM BULAN MAC........Tahniah kerana telah membuat Kemasukan Prestasi**********